.

Blogs

Foss.my baru bermula dengan pembukaan oleh Yoon Kit Yong tentang ODF . Persidangan yang akan dijalankan selama 2 hari (8-9 November 2009) penuh dengan talk tengan Open Source.

Selepas pembukaan satu nyanyian tentang Open Source telah dinyanyikan bersama (baca: semua masih malu-malu) .

 

 

Ucapan pembukaan oleh Yoon Kit Yong

 

Nyanyian oleh Raj Kissu - Tajuk lagu tidak dapat dipastikan

 

 

Drupal - Internet Intelligence on Drupal oleh Raja Iskandar Shah

Saya harap saya dapat melompat ke MyMeeting talk sekarang dan akan memberikan liputan sepanjang persidangan Foss.my ini. Dunia ini sememangnya menarik !

 

Talk yang kedua dan ketiga dijalankan oleh Pamela Fox dari Google, Developer Programs Engineer untuk Google Maps API. Tidak banyak yang boleh dikatakan selain ada beberapa features pada Google Maps seperti

  • Flash API untuk Google Maps yang boleh dikatakan lebih lancar berbanding dengan Javascript API
  • Static Map API untuk pengguna yang tiada talian internet yang laju, akan mendapat gambar statik berbanding dengan gambar yang dinamik + javascript
  • Google Earth API boleh digabungkan dengan Google Maps

Anda boleh baca keseluruhan pembentangan beliau di sini .

 

Talk ketiga adalah mengenai Youtube API, saya tidak berapa fokus dengan talk tersebut, tetapi antara yang baru ialah

Selain dari itu, API Youtube anda boleh baca di Google code . Anda boleh melihat slaid tersebut di sini .

Pembentangan yang pertama tentang oleh Patrick Chanezon dari Google.

Patrick Chanezon
Masih tiada slaid dari Patrick, tapi dia antara staff Google yang membangunkan API Adsense dan Adwords. Menceritakan tentang bagaimana Open Social dibangunkan dan bagaimana untuk menggunakannya. Open Social adalah Javascript API yang dibangunakan untuk memudahkan pembangunan aplikasi antara social network e.g Friendster, Hi5, Orkut , dsb. Beliau juga memperkenalkan 3 API utama

  • People Data API
  • Persistent Data API
  • Activities Data API

Satu lagi beliau memperkenalkan Shindig, satu framework yang boleh digunakan untuk membangunkan Open Social . Anda juga boleh membangunkan aplikasi dengan Open Social melalui tutorial di sini>.

 

Bruno Rovagnati

Selepas itu dalam talk yang sama,Bruno Rovagnati yang menerangkan tentang Open Social Container, di mana beliau membangunkan aplikasi social network menggunakan Open Social sahaja. Saya akan update lagi post ini selepas ini.

Saya baru sampai dan secara tak rasmi menjadi pengangkat kotak wayar network di sini. Saya berkongsi gambar-gambar yang baru saya ambil.

Pendaftaran yang panjang

 

Dewan conference

Pamela Fox dari Google

Slaid pengenalan

Antara peserta yang hadir

 

Saya akan update lagi tentang acara ini, kerana talk yang pertama akan bermula tentang Open Social .

Saya akan berada di Google Hackathon , Singapura pada 28-29 Oktober 2008. Saya akan cuba memberi ulasan langsung apa yang berlaku di acara tersebut. Apa yang akan berlaku ialah Google akan menghantar 4 jurutera dan akan memperkenalkan beberapa API yang digunakan di Google dan penggunaannya.
Semua persediaan sudah disiapkan dan saya berharap tiada aral yang melintang untuk saya ke acara tersebut.

  • Handphone - Gambar / Video
  • PSP - Wifi , games di MRT (Monorel)
  • Ipod - Lagu, Audiobook
  • Passport - untuk melepasi sempadan Singapura
  • RJ25 Kabel - LAN connection
  • Google Maps to Management University of Singapore
  • Name card - Untuk pengenalan diri
  • Laptop - Untuk kegunaan semasa acara tersebut.
  • Vitamin - Tenaga tambahan

Pakaian yang secukupnya untuk acara tersebut. Acara hari kedua 10-12 pm, pagi sepatutnya untuk peserta dari Malaysia akan berkenalan dengan peserta dari Singapura .

T-shirt Google akan diberikan kepada setiap peserta serta hadiah misteri jika memenangi acara yang dijalankan di situ. Doakan saya dapat hadiah-hadiah yang menarik untuk dibawa pulang dan berjaya mengulas secara live acara tersebut.

 

 

Tags:

Jemputan ke rumah terbuka saya pada hari Sabtu, 25 Oktober 2008 pada pukul 1-3 petang. Kepada sesiapa berada di lokasi berdekatan boleh singgah dirumah saya pada waktu tersebut.



Kepada sesiapa yang tidak sempat, boleh datang pada bila-bila masa ;)

Video sedang ditukarkan kepada format video tetapi belum mendapat tempat dimana ingin di siarkan. Di bawah adalah 3 dari 4 slaid yang dibentangkan pada hari tersebut.

Mike Reining - The MindValley Way: Agile Entrepreneurship
http://www.mindvalley.com

Sumardi Shukor - Gears : Takes Online Applications, Offline
http://www.smd.com.my

Fakhrur Hizam Mohd - Finishing your FYP ni record time using CakePHP
http://code.hexflux.com/

Tags:

Salam Sejahtera dan sari berita penting...

 

Berakhir sudah kejadian yang meragut masa tidurku bermula dari 22hb ogos hingga 24hb Ogos 2008. Satu event yang boleh dikatakan 'grand' (untuk diriku sahaja) boleh dikatakan menyaingi apa yang berlaku dipermatang pauh. Segala persiapan yang mengambil masa sebulan dan idea event ini dipelopori oleh Tuan Opis AIST - En. Amran serta disokong oleh Encik Kontroversi En Shufaad daripada tuan tanah inkubator ini. Segala pengekstrakan idea dilakukan pada awal bulan tujuh dan ditafsirkan oleh tukang tilik (Helmi the Man) untuk mengagihkan segala jawatan dan tugas kepada orang lain.

 

 

 

En. Salimi memangku jawatan pereka grafik serta pembantu peribadi En. Helmi ( I`m the man) telah bertungkus lumus untuk mencernakan idea yang telah terpendam walaupun datang dari orang lain. Kebijaksanaan yang terlampau hingga menganggu kehidupan pribadi dan prilaku sosial en. Salimi telah banyak membuahkan hasil melalui rekaannya yang sungguh menakjubkan seperti Mug (Cawan kepada sesiapa yang tak tahu), Poster, Bunting (bukan orang mengandong), Banner, Baju dan segala yang berkaitan dengan penggunaan grafik.

Seperti yang dijangkakan... En. Tan telah terpilih sebagai ejen pencetakan kami. (Aiyoo... nie susah wOoOoO). Walaupun berlaku sedikit songsangan idea dan penyelesetan kos yang dibincang dan yang dipersetujui. En. Tan telah juga menyiapkan kerja yang amat memberangsangkan (Bukan yang terangsang).

 

 

'Whiteboard' dipejabat kami juga memainkan peranan yang penting dalam 'event' kami. Segala coretan kisah silam dan kisah akan datang dilakukan diatas 'whiteboard' ini. Amat hebat sekali dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada en. 'Whiteboard'. Ini kerana segala apa yang dirancang dan apa yang telah dibuat serta apa yang perlu dilakukan dan perlakuan yang telah dilakukan serta terakhir sekali informasi - informasi terkini telah diwarkahkan diatas pemuka 'whiteboard' ini. Saya amat terharu kerana beliau juga sanggup digunakan sebagai skrin pertandingan wii SeOpis yang rankingnya telah diungguli oleh Boss ( En. Amran ) serta The Man ( Helmi ).

 

 

Apabila semua ini sudah dirancang dengan persis skali. En. John (Pojie) telah menyetelkan segala apa yang perlu pada laman web. 'Retro Style' serta 'Water Color Brush' pada login telah dipilih oleh pereka website nie. Konsep 'Old School' dikacukkan penggunaan seni grafik moden telah menonjolkan sedikit sahaja dapat dipersembahkan. Tahniah En. Pojie atas kriteria pemilihan anda.

 

Apabila hampir seminggu lagi 'event' akan diadakan, kemunculan 'The Man Mobile' telah membantu masalah pengangkutan yang sering kali menjadi masalah. Dengan hanya 400 kuasa badak air,  'The Man Mobile' mampu mengatasi segala rintangan yang ada. Tugas 'The Man Mobile pada hari pertama menjalankan tugas ialah membeli 'extension wire' yang menggunung dan lautan JAJAN serta sumber air berkarbonat. Ia turut membawa kami (the Man & Salimi) ke coconut shake di pulau gadong. Antara lokasi persinggahan dan perjalanan the man mobile pada hari pertama ialah Jaya Jusco-Cowboy-Coconut Shake-Tesco-Jaya Jusco-Opis. Pada Hari kedua dan ketiga tugas 'the man mobile' dilakukan, Sebanyak 100 kerusi dan 36 buah meja bersamaan dengan 1 tan berjaya dipindahkan pada kedua dua hari tersebut. Tahniah 'The Man Mobile'.

 

Cerita selanjutnya akan bersambung pada bahagian dua. TungguUu........

 

English version is below the Malay version post :

Semalam 24 haribulan Ogos tamatnya acara VIP PHP Programming Contest 2008. Saya masih dalam kepenatan setelah 2 hari berhempas pulas untuk menjayakan program 2 hari VIP tersebut. Ini tidak termasuk dengan 1 bulan persiapan sebelum acara. Di bawah adalah ringkasan ringkas apa yang saya belajar semasa menganjurkan acara VIP :

 

  • Papan tanda arah yang terlampau kecil, sepatutnya mempunyai 2 x saiz sekarang.

  • Sistem suara yang kurang berkesan. Sepatutnya menyewa PA sistem dengan pembesar suara di depan dan belakang.

  • Pengendali sistem network hanya seorang http://www.aist.com.my/blog/muzhafar , sepatutnya memberikan penekanan yang lebih untuk network kerana sistem wifi yang disediakan kerap terputus. Modem ke internet juga kurang berkualiti (ZTE) yang selalu putus semasa pertandingan.

  • Soalan perlu disediakan dan disiapkan seminggu sebelum pertandingan, memerlukan moderator dan kumpulan untuk membuat soalan sekurang-kurangnya 3 orang sepenuh masa. Soalan yang disediakan semasa VIP mempunyai beberapa kekeliruan menyebabkan ketidak puas hatian peserta.

  • Pada mulanya, kami merasa risau tentang peserta akan menggunakan alat komunikasi seperti YM, dan juga perkongsian jawapan. Saya lihat peserta terlampau sibuk sehingga kurang berkomunikasi dengan internet kecuali mencari jawapan. Algoritma untuk pertandingan juga (selepas satu soalan tamat, baru boleh mendapatkan soalan seterusnya) membantu untuk ketidak seragaman soalan antara kumpulan. Kami menghabiskan 30% dari resource network risau terhadap perkara yang tidak perlu. Kita perlu anggap semua manusia baik sebelum dibuktikan sebaliknya. (Ingatan: Sediakan sistem yang mudah, fix ip terhadap peserta untuk memudahkan membuat log, pendaftaran terhadap laptop-laptop yang terlibat dalam pertandingan ).

  • Penanda kumpulan di setiap meja tidak disediakan, menyebabkan kesusahan untuk saya mencari jika ada kumpulan membuat kesilapan.

  • Kurangkan komunikasi menggunakan mikrofon kerana menganggu tumpuan peserta. Sepatutnya saya menyediakan sistem yang boleh broadcast kepada semua peserta.

  • VIP Programming Contest Management banyak membantu untuk para juri membuat pengiraan markah. Saya rasa penggunaan nama group1, group2 mengurangkan bias kepada pengadil, tetapi scoreboard sepatutnya tidak nampak untuk Juri dan scoreboard sepatutnya mengeluarkan nama sebenar kumpulan.

  • Makanan hari pertama tidak universal, kurangkan makanan berkuah kerana ada peserta dari luar atau golongan bukan melayu tidak menggemari makanan berkuah dan pedas. Sediakan makanan yang mudah tetapi lazat. Dari bancian yang dijalankan, peserta menyukai makan yang disediakan untuk hari kedua. Tahniah kepada penyedia makanan.

  • Walaupun puas hati dengan promosi pertama ini, VIP 09 sepatutnya bersedia 3 bulan lebih awal untuk promosi. Hadiah tahun depan mungkin dapat dinaikkan, penginapan percuma / murah mungkin dapat disediakan untuk peserta bagi menggalakkan peserta jauh menginap di Melaka.

  • Acara talk mungkin dapat di ketengahkan dengan lebih baik kerana kandungan ceramah amat baik. Terimakasih kepada penceramah.

Terima kasih kepada Crew AIST untuk persediaan dan semasa acara VIP PHP Programming Contest. Blog lebih lanjut tentang acara ini akan di sediakan oleh Crew AIST yang lain. Tungu !! . Apa pun anda boleh baca satu blog yang telah review acara hari pertama dan kedua di

http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm...

http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog...

Saya harap kami mendapat peluang lagi untuk menganjurkan VIP 09 tahun depan. Selamat berjumpa di VIP 09. Dan akhir sekali terima kasih kepadaBahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana menjadi penyumbang kewangan terbesar dalam acara ini terutama kepada En Shufaat.

 

English Version :

 

Yesterday 24th of August VIP PHP Programming Contest 2008 is officially end. I'm still tired after 2 days preparing for this 2 days event. This not included with 1 month preparation before the event. Below is the summary what I learn and I hope to change during the VIP's event.

  • The signboard to the event is to small, it should 2 times it current size.

 

  • Speaker is less effective. I suppose to rent PA system with at least 2 speaker, although it's quite expensive.

 

  • Only 1 crew assign for the network http://www.aist.com.my/blog/muzhafar, I suppose to give more attentive to the WIFI network because its keep hanging and cut off during the event. The modem we use (ZTE) have always disconnected.

 

  • The question need to be finish early at least 1 week before the event, also need moderator to give comment to the question. I think I need at least 3 full time people to focus on the questions. There's some misunderstanding , dissatisfied contestant during the event about the question quality.

 

  • At first, we were very worried about communication tools like YM and sharing answers between contestant. From what I look the contestant is quite busy trying to solve the contest rather than to cheat. The contest algorithm also (after finish one question, you can get the next question) helping us with the unsynchronize question between groups. We spend 30$ of our resource network worrying to the stuff that need less attention. We need to think : People are good until proven otherwise (Note: Prepare easy system , fix IP to the contestant for easy logging feature, registration to the laptop involve in the contest)

 

  • Groups sign is not provided in every contestant table resulting difficulty to find group when some problem involve with the technical question.

 

  • Less communication using the microphone because I think it distrupting the contestant. VIP System should cater broadcast to all contestant.

 

  • VIP Programming Contest give a lot of help to to the judges for counting and judging the marks. I think usage of name group1 to group16 give judges less bias to judge the code and output. Scoreboard should give to the contestant that provide the real group name but not to the judges.

 

  • Foods in day 1 is less universal, I should choose less watery, spicy food because there's contestant are foreigners and non Malay that don't eat spicy and water gravy food. Prepare simple food but tasty. 2nd day is better, and among the survey the rate the food as excellent. Kudos to caterer.

 

  • Although we're satisfied with the promotion with this event, VIP 09 we should prepare 3 month early for promotion and sponsors. The prize next year should be increase if have more sponsors. Free / Cheap accommodation should be given to contestant for encourage contestant to stay in Melaka for first day.

 

  • Talk should be expose more, because it accomodate contestant to know each other before the day even started and the talk contest is quite good. Thank you to the speakers.

Thank you to AIST Crew for the preparation and during this VIP PHP Programming Contest. Blog details will be prepare by AIST crew while they relaxing after the event. If you really want to know you can read at the contestant blog that summarize quite good about the contest.

http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm...

http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog...

I'm hoping we will have the opportunity to organize this event next year. See you on VIP 09. Last but not least , a very big thank you to Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka for being the biggest finance contributor in this event especially to Mr Shufaat.

 Lagi 4 hari 5 jam VIP akan berlangsung. Perisian untuk menghantar , scoreboard sedang dibangunkan dan dijangka akan siap lagi 2 hari, sempat untuk saya menguji sebelum digunakan di dalam VIP Programming Contest. Saya mencari-cari perisian yang sesuai digunakan dan tidak dapat mencari perisian yang benar-benar sesuai dengan konsep pertandingan ini dan jalan yang paling mudah (baca: susah) adalah membangunkannya sendiri. Saya jangka perisian ini akan di open source kan dan mungkin akan dibangunkan kepada perisian yang sesuai untuk digunakan pada mana-mana pertandingan pengaturcaraan.

 

Saya menggunakan CakePHP 1.2 untuk backend dan ExtJS 2.2 untuk antaramukanya. Di harap perisian ini dapat memberi idea kepada para peserta apakah yang akan mereka lalui sepanjang masa 6 jam tersebut. Tutorial akan diberikan pada 23/8/2008 untk perisian ini. Di bawah saya sertakan screenshot aplikasi yang belum diberikan nama ini.

 

VIP Home Interface

 

VIP User Management

VIP Scoreboard

VIP Submission List & Upload Anwser.

 

VIP Clarifications

Selamat berjuang di VIP !