.

API

Saya akan berada di Google Hackathon , Singapura pada 28-29 Oktober 2008. Saya akan cuba memberi ulasan langsung apa yang berlaku di acara tersebut. Apa yang akan berlaku ialah Google akan menghantar 4 jurutera dan akan memperkenalkan beberapa API yang digunakan di Google dan penggunaannya.
Semua persediaan sudah disiapkan dan saya berharap tiada aral yang melintang untuk saya ke acara tersebut.

  • Handphone - Gambar / Video
  • PSP - Wifi , games di MRT (Monorel)
  • Ipod - Lagu, Audiobook
  • Passport - untuk melepasi sempadan Singapura
  • RJ25 Kabel - LAN connection
  • Google Maps to Management University of Singapore
  • Name card - Untuk pengenalan diri
  • Laptop - Untuk kegunaan semasa acara tersebut.
  • Vitamin - Tenaga tambahan

Pakaian yang secukupnya untuk acara tersebut. Acara hari kedua 10-12 pm, pagi sepatutnya untuk peserta dari Malaysia akan berkenalan dengan peserta dari Singapura .

T-shirt Google akan diberikan kepada setiap peserta serta hadiah misteri jika memenangi acara yang dijalankan di situ. Doakan saya dapat hadiah-hadiah yang menarik untuk dibawa pulang dan berjaya mengulas secara live acara tersebut.