Books
Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku Seven-day Weekend yang ditulis oleh Ricardo Semler. Buku ini adalah dari kesinambungan buku Maverick: The Success Story Behind the World's Most Unusual Workplace . Saya menjangkakan ia mungkin menerangkan lebih lanjut bagaimana Ricardo Semler menguruskan syarikat / kilang mereka di Brazil. Ricardo Semler telah menjadikan syarikat beliau sebuah badan yang demokrasi, contohnya:
Banyak lagi contoh yang boleh saya berikan di buku pertama yang juga diterangkan pada buku kedua. Bagi saya buku Maverick lebih menarik berbanding buku Seven-day Weekend. Penyampaian lebih bercorak biografi / bersahaja berbanding dengan buku Seven-day weekend. Buku Maverick boleh didapati di Kinokuniya / MPH. Saya hanya dapat membeli 'e-book' untuk buku Seven-day Weekend, kerana sudah kehabisan stok, jika anda ingin membelinya, anda boleh pergi ke Ereader.com .
Saya baru pindah turun 3 siri majalah ini dan belum berkesempatan untuk membacanya. Tetapi usaha mereka patut dipuji, dengan era globalisasi memulakan perniagaan internet adalah cukup mudah. Tetapi bagaimana ? Pakar-pakar dalam bidang mereka seperti Adsense, directory, mailing list dan banyak lagi perniagaan internet yang terbukti dengan mereka semua mudah mendapatkan pendapatan lebih dari 5 angka sebulan.
Cemburu ? Cemburu yang positif boleh digunakan untuk anda juga mencapai kejayaan seperti mereka. Dengan pengguna internet yang semakin meningkat anda juga perlu mendapat sedikit dari perniagaan mereka. Dapatkan majalah mereka dengan sini. Setelah sekian lama tertunggak untuk mengumumkan pemenang peraduan yang telah saya jalankan pada bulan September 2007, akhirnya saya berkesempatan untuk mengumumkan pemenang buku ini. Pemenang tersebut telah menulis "Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu
Ahmad Farihan Bin Azman (http://ahmadfarihan.blogspot.com) dari Selangor telah memberikan alamat rumah beliau sebelum ini dan pada hari ini, saya telah memproses penghantaran buku tersebut. Minta maaf sekiranya buku yang dijanjikan lambat dihantar. Tahniah sekali lagi kepada Farihan. Baru, baru ini, saya baru membeli beberapa buat buku untuk dibaca.
Apa yang hendak diceritakan adalah tentang buku ketiga , The Four Steps of Ephiphany , buku berkenaan adalah tentang bagaimana memasarkan produk dan berjaya bagi syarikat IT (Ulasan yang baik di Amazon ). Buku ini tiada dijual di Malaysia dan saya membelinya dari Cafepress. Selain dari lebih murah, Cafepress juga adalah penerbit bagi buku ini. Proses pembelian diberitahu adalah selama 14 hari dan apabila sampai tempoh masanya. Saya menghubungi pihak Cafepress berkenaan pesanan saya kerana setelah 16 hari, pesanan saya masih tidak sampai. Berikut adalah balasan mereka setelah beberapa emel sokongan diberikan.
Dear Ahmad Amran, Thank you for contacting CafePress.com! Thank If the original
Mereka telah memberikan saya buku gantian dan buku tersebut telah sampai 14 hari kemudian. Kemudian setelah 7 hari , buku dari penghantaran yang pertama pula sampai, seperti yang diberitahu oleh emel di atas, saya boleh menyimpan kedua-dua buku tersebut. Pesanan pertama lambat sampai kerana pihak KKDN Malaysia telah menahan buku tersebut untuk pemeriksaan. Saya kurang pasti, apakah sebabnya. Mungkin kerana gambar buku tersebut atau pihak KKDN telah membaca blog saya, lalu merasakan buku ini berbahaya bagi pengusaha bisnes kecil seperti saya atau mereka berminat setelah membacanya dari blog saya
Intipati kiriman ini adalah saya khidmat pelanggan dari Cafepress yang sangat bagus. Mereka tidak menyalahkan sesiapa berikutan ketidak sampai buku tersebut. Mereka tidak menyalahkan saya. Mereka tidak menyoal saya sama ada saya berbohong atau tidak. Mereka hanya bertanyakan alamat rumah saya sekali lagi dan terus menghantar gantian semula. Mereka juga menyuruh saya menyimpan buku yang pertama jika buku tersebut juga sampai. Tiada soalan. Kerugian mereka RM 140. Keuntungan mereka bagi saya adalah selama-lamanya. Saya telah memandang tinggi pihak Cafepress dan saya akan bercerita tentangnya seumur hidup saya.
Jadi hasilnya saya sudah mempunyai 2 buah buku. Oleh kerana merasakan membaca satu buku pun masih dalam peringkat permulaan, apakan lagi membaca 2 buku yang sama. Maka saya ingin membuat pengumuman kepada pembaca blog ini. Sesiapa yang ingin buku kedua tersebut, sila balas di kiriman ini, nyatakan kenapa anda lebih layak dari orang lain untuk menerima buku ini secara percuma + penghantaran (nilai RM 150) . Promosi ini akan bermula pada 9 September 2007 dan berakhir pada 9 Oktober 2007 (sebulan). Lengkapkan ayat di bawah tidak lebih 20 patah perkataan.
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana ______________________ (tidak lebih dari 20 patah perkataan )
Ini adalah untuk membalas jasa Cafepress kerana memberikan saya khidmat pelanggan yang terbaik. TQ Cafepress.
P/S . Kiriman di moderate, sila tunggu untuk saya luluskan kiriman anda setelah anda membuat kiriman ( Spam banyak )
Buku adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang "murah". Ia bergantung kepada definisi murah. Jika anda fikir dari segi harga RM 100++ untuk sebuah buku adalah mahal, fikir semula. Adakah anda tahu harga sebuah kursus PHP & MySQL ? RM 1000++ selama 4 hari. Bukan saya katakan, anda tidak perlu pergi ke kursus PHP & MySQL, tetapi harga sebuah buku PHP yang bagus adalah 10% dari harga kursus tersebut yang anda boleh gunakan seumur hidup. Pada zaman dahulu, saya gemar merenung / memilih buku di MPH, Kinokuniya sambil memilih buku yang baik untuk dibeli. Antara kategori buku kegemaran saya adalah
Saya gemar membaca buku kategori biografi kerana ia memberikan kita pengalaman tanpa perlu mengalaminya. Saya juga dapat mendalami sifat / kriteria orang yang berjaya tanpa perlu berjumpanya. Antara buku biografi yang memberi impak kepada saya ialah
Senarai buku untuk dibaca bulan ini.
Ohh, jika anda tidak tahu, anda akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 700 seorang untuk pembelian buku. Untuk syarikat, anda boleh tolak seberapa banyak yang mungkin untuk perbelanjaan. Untuk satu keluarga yang suka membaca, anda boleh mendapat bajet sebanyak RM 1400 untuk pembelian buku (pembayaran cukai berasingan).
|


.


