.

Conference

Foss.my baru bermula dengan pembukaan oleh Yoon Kit Yong tentang ODF . Persidangan yang akan dijalankan selama 2 hari (8-9 November 2009) penuh dengan talk tengan Open Source.

Selepas pembukaan satu nyanyian tentang Open Source telah dinyanyikan bersama (baca: semua masih malu-malu) .

 

 

Ucapan pembukaan oleh Yoon Kit Yong

 

Nyanyian oleh Raj Kissu - Tajuk lagu tidak dapat dipastikan

 

 

Drupal - Internet Intelligence on Drupal oleh Raja Iskandar Shah

Saya harap saya dapat melompat ke MyMeeting talk sekarang dan akan memberikan liputan sepanjang persidangan Foss.my ini. Dunia ini sememangnya menarik !

 

Talk yang kedua dan ketiga dijalankan oleh Pamela Fox dari Google, Developer Programs Engineer untuk Google Maps API. Tidak banyak yang boleh dikatakan selain ada beberapa features pada Google Maps seperti

  • Flash API untuk Google Maps yang boleh dikatakan lebih lancar berbanding dengan Javascript API
  • Static Map API untuk pengguna yang tiada talian internet yang laju, akan mendapat gambar statik berbanding dengan gambar yang dinamik + javascript
  • Google Earth API boleh digabungkan dengan Google Maps

Anda boleh baca keseluruhan pembentangan beliau di sini .

 

Talk ketiga adalah mengenai Youtube API, saya tidak berapa fokus dengan talk tersebut, tetapi antara yang baru ialah

Selain dari itu, API Youtube anda boleh baca di Google code . Anda boleh melihat slaid tersebut di sini .

Pembentangan yang pertama tentang oleh Patrick Chanezon dari Google.

Patrick Chanezon
Masih tiada slaid dari Patrick, tapi dia antara staff Google yang membangunkan API Adsense dan Adwords. Menceritakan tentang bagaimana Open Social dibangunkan dan bagaimana untuk menggunakannya. Open Social adalah Javascript API yang dibangunakan untuk memudahkan pembangunan aplikasi antara social network e.g Friendster, Hi5, Orkut , dsb. Beliau juga memperkenalkan 3 API utama

  • People Data API
  • Persistent Data API
  • Activities Data API

Satu lagi beliau memperkenalkan Shindig, satu framework yang boleh digunakan untuk membangunkan Open Social . Anda juga boleh membangunkan aplikasi dengan Open Social melalui tutorial di sini>.

 

Bruno Rovagnati

Selepas itu dalam talk yang sama,Bruno Rovagnati yang menerangkan tentang Open Social Container, di mana beliau membangunkan aplikasi social network menggunakan Open Social sahaja. Saya akan update lagi post ini selepas ini.

Saya baru sampai dan secara tak rasmi menjadi pengangkat kotak wayar network di sini. Saya berkongsi gambar-gambar yang baru saya ambil.

Pendaftaran yang panjang

 

Dewan conference

Pamela Fox dari Google

Slaid pengenalan

Antara peserta yang hadir

 

Saya akan update lagi tentang acara ini, kerana talk yang pertama akan bermula tentang Open Social .

Saya akan berada di Google Hackathon , Singapura pada 28-29 Oktober 2008. Saya akan cuba memberi ulasan langsung apa yang berlaku di acara tersebut. Apa yang akan berlaku ialah Google akan menghantar 4 jurutera dan akan memperkenalkan beberapa API yang digunakan di Google dan penggunaannya.
Semua persediaan sudah disiapkan dan saya berharap tiada aral yang melintang untuk saya ke acara tersebut.

  • Handphone - Gambar / Video
  • PSP - Wifi , games di MRT (Monorel)
  • Ipod - Lagu, Audiobook
  • Passport - untuk melepasi sempadan Singapura
  • RJ25 Kabel - LAN connection
  • Google Maps to Management University of Singapore
  • Name card - Untuk pengenalan diri
  • Laptop - Untuk kegunaan semasa acara tersebut.
  • Vitamin - Tenaga tambahan

Pakaian yang secukupnya untuk acara tersebut. Acara hari kedua 10-12 pm, pagi sepatutnya untuk peserta dari Malaysia akan berkenalan dengan peserta dari Singapura .

T-shirt Google akan diberikan kepada setiap peserta serta hadiah misteri jika memenangi acara yang dijalankan di situ. Doakan saya dapat hadiah-hadiah yang menarik untuk dibawa pulang dan berjaya mengulas secara live acara tersebut.