.

Customer Service

Apple (US) baru-baru ini telah melancarkan iPhone yang berharga 599 USD ( +- RM 2000 ) dan tidak sampai 2 bulan, mereka menurunkan harga sebanyak USD 200 (+- RM 750 ) dan telah mengecewakan semua pelanggan mereka yang baru sahaja melihat nilai henfon mereka menurun hampir 40% . Apple bertindak cepat dengan menawarkan kepada pelanggan lama mereka voucher 100 USD untuk mereka membeli apa-apa barang di kedai/online Apple.

 

Rugi bagi anda ? bagi saya ini akan menambahkan penyokong-penyokong Apple yang memang fanatik akan terus menyanjungi mereka. Tahniah Apple. Jangkaan untuk telefon ini sampai ke Malaysia adalah awal tahun depan. Dengan harga menghampir RM 1400 untuk telefon 8GB cakera keras merupakan telefon pintar alternatif yang baik dan menambah satu lagi persaingan yang sihat dan standard yang baru bagi dunia telekomunikasi.

 

Terima kasih kepada pengunjung blog yang sudah menghantar slogan untuk memenangi sebuah buku "The Steps for Ephipany" . Tetapi anda perlu membalasnya di kiriman ini dan bukan mengemel kepada saya. Tarikh tutup adalah sebulan dari sekarang 9/10/2007.

Baru, baru ini, saya baru membeli beberapa buat buku untuk dibaca.

  1. Losing My Virginity -Richard Branson (habis dibaca)
  2. Building Scalable Websites (setengah)
  3. The Four Steps of Ephiphany (baru permulaan)
  4. Pragmatic Programmer ( Kinokuniya mengatakan tiada stok)

Apa yang hendak diceritakan adalah tentang buku ketiga , The Four Steps of Ephiphany , buku berkenaan adalah tentang bagaimana memasarkan produk dan berjaya bagi syarikat IT (Ulasan yang baik di Amazon ). Buku ini tiada dijual di Malaysia dan saya membelinya dari Cafepress. Selain dari lebih murah, Cafepress juga adalah penerbit bagi buku ini. Proses pembelian diberitahu adalah selama 14 hari dan apabila sampai tempoh masanya. Saya menghubungi pihak Cafepress berkenaan pesanan saya kerana setelah 16 hari, pesanan saya masih tidak sampai. Berikut adalah balasan mereka setelah beberapa emel sokongan diberikan.

 

Dear Ahmad Amran,

Thank you for contacting CafePress.com!

Thank
you for confirming the address. I am now placing your replacement order
at no cost to you. International shipping can take 10-14 business days.
You should receive the replacement order by September 4th. We apologize
for any inconvenience this may have caused.

If the original
order does arrive there is no need to return it. Please go ahead and
keep it as our way of apologizing for the delay.

 

Mereka telah memberikan saya buku gantian dan buku tersebut telah sampai 14 hari kemudian. Kemudian setelah 7 hari , buku dari penghantaran yang pertama pula sampai, seperti yang diberitahu oleh emel di atas, saya boleh menyimpan kedua-dua buku tersebut. Pesanan pertama lambat sampai kerana pihak KKDN Malaysia telah menahan buku tersebut untuk pemeriksaan. Saya kurang pasti, apakah sebabnya. Mungkin kerana gambar buku tersebut atau pihak KKDN telah membaca blog saya, lalu merasakan buku ini berbahaya bagi pengusaha bisnes kecil seperti saya atau mereka berminat setelah membacanya dari blog saya Tongue out.

 

Intipati kiriman ini adalah saya khidmat pelanggan dari Cafepress yang sangat bagus. Mereka tidak menyalahkan sesiapa berikutan ketidak sampai buku tersebut. Mereka tidak menyalahkan saya. Mereka tidak menyoal saya sama ada saya berbohong atau tidak. Mereka hanya bertanyakan alamat rumah saya sekali lagi dan terus menghantar gantian semula. Mereka juga menyuruh saya menyimpan buku yang pertama jika buku tersebut juga sampai. Tiada soalan. Kerugian mereka RM 140. Keuntungan mereka bagi saya adalah selama-lamanya. Saya telah memandang tinggi pihak Cafepress dan saya akan bercerita tentangnya seumur hidup saya.

 

Jadi hasilnya saya sudah mempunyai 2 buah buku. Oleh kerana merasakan membaca satu buku pun masih dalam peringkat permulaan, apakan lagi membaca 2 buku yang sama. Maka saya ingin membuat pengumuman kepada pembaca blog ini. Sesiapa yang ingin buku kedua tersebut, sila balas di kiriman ini, nyatakan kenapa anda lebih layak dari orang lain untuk menerima buku ini secara percuma + penghantaran (nilai RM 150) . Promosi ini akan bermula pada 9 September 2007 dan berakhir pada 9 Oktober 2007 (sebulan). Lengkapkan ayat di bawah tidak lebih 20 patah perkataan.

 

Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana ______________________ (tidak lebih dari 20 patah perkataan )

 

 

Ini adalah untuk membalas jasa Cafepress kerana memberikan saya khidmat pelanggan yang terbaik. TQ Cafepress.

 

 

P/S . Kiriman di moderate, sila tunggu untuk saya luluskan kiriman anda setelah anda membuat kiriman ( Spam banyak )