.

Iphone

Salah satu strategi perniagaan adalah mengetahui siapakah pesaing-pesaing dalam bidang yang kita ceburi. Setelah membangunkan aplikasi pertama Epic Empires - Iphone Turn-based strategry game. Secara kebetulan saya ingin mencari senarai siapakah pembangun aplikasi iPhone di Malaysia, setelah menggunakan Google untuk segala kata kunci yang berkenaan, usaha saya tiada seorang pun menyenaraikan syarikat-syarikat Malaysia yang membangunkan aplikasi iPhone. Di bawah ini, saya menyenaraikan apa yang saya dapat dari carian saya syarikat-syarikat Malaysia yang membangunkan aplikasi iPhone / iPod / iPad. Di bawah ini adalah senarai syarikat yang membangunkan aplikasi iPhone dari pelbagai kategori.

 

  1. Terato Tech Sdn Bhd - Syarikat yang agak terkenal atas membangunkan aplikasi mobil. Antara senarai aplikasi 
  2. Javelin Sdn Bhd - Membangunkan 12 aplikasi iPhone / ipad. 
  3. Fling Rock Sdn Bhd
  4. Tap Fantasy Sdn Bhd
  5. Apps Factory Sdn Bhd
  6. Addeen Multimedia Sdn Bhd
  7. Eastmode Sdn Bhd
  8. Islam Kid Media Sdn Bhd
  9. LC Games Development Sdn Bhd - Syarikat yang membangunkan Upin & ipin
  10. Software Machine Development - Syarikat kawan saya yang pernah bekerja di AIST 
  11. Apps Solution
  12. Apptivity Lab
  13. Skypico Solutions
  14. Interunix
  15. Convep Mobilogy
  16. Better Logic
  17. EspresSoft  
  18. Toon Age Studio Sdn Bhd
  19. Axiostudio - Yew Guan Soo
Senarai ini bukanlah senarai yang tepat, dan ada lagi pembangun aplikasi iPhone yang bergerak secara perseorangan, saya akan kemaskini jika ada pembangun baru yang saya jumpa. Tetapi Apple telah memudahkan syarikat-syarikat kecil untuk membangunkan aplikasi mobile dengan membina platform untuk penjualan dalam App Store. Adakah ini baru permulaan gelombang pembangun aplikasi di Malaysia ?
Untuk pengumuman semua games Epic Empires versi penuh akan dilancarkan pada minggu hadapan bergantung kepada kelulusan Apple. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati halaman web kami di http://www.epicempires.net.
Jika anda tahu syarikat Malaysia yang tidak disenaraikan di sini, anda boleh letakkannya di ruangan komen dan saya akan kemaskini  di kiriman blog ini.

 

Setelah lebih setahun (12/07/2009) dari pos blog Big Hairy Audicious Goal untuk membangunkan iphone game, dan selepas itu satu lagi pos tentang pembangunan karektor , game kami Epic Empires  telah dilancarkan dan boleh di muat turun dari Apple Store

 

Anda semua boleh lihat halaman web rasmi kami di http://www.epicempires.net dan muat turun dari Apple Store di http://itunes.apple.com/us/app/epic-empires-lite/id416608989?mt=8 

 

Saya akan melaporkan apa perkembangan dari hasil penjualan / muat turun dari Apple Store yang kami boleh kongsikan. Sementara itu, anda semua boleh memuat turun versi Lite dari Apple Store secara percuma. Selamat menyambut percutian Tahun Baru Cina kepada semua sementara bermain dengan game kami ;)

Memulakan bisnes bukan tugas yang mudah. Merancang arah tuju syarikat, melakukan kajian dan pembangunan, membuatkan anda kadang-kadang hilang arah. Apakah yang kami capai dalam tahun ini ? AIST telah melancarkan
halaman web baru untuk produk web hosting kami Zenpipe, kami juga membangunkan produk virtual hosting berasaskan Xen dengan nama Zenclouds , ini juga bakal dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Awal tahun ini, saya telah membeli iPhone dan mempunyai idea untuk menceburkan diri dalam mobile content. Jadi saya telah membuat BHAG (Big Hairy Audicious Goal)  untuk membangunkan satu turn-based strategy games untuk iPhone.  Untuk masa sekarang, boleh dikatakan proses awal baru dimulakan. Kami telah mengambil 4 orang pelajar praktikal (tiada bajet ;) untuk membantu kami membangunkan projek ini .


1.    Wiki untuk iPhone Development telah disiapkan
2.    Barangan untuk pembangunan games telah dibeli ( 2 Mac Mini, 1 iPod touch , 1 Wacom Bamboo table )
3.    Buku-buku untuk rujukan telah dibeli (Programming in Objective-C 2.0, Programming Game AI by Example, AI for Game Developers, Ultimate Guide Video Writing Design )
4.    Karektor untuk games telah dilakarkan.
5.    Pendaftaran iPhone Developer Program (IDP)

Boleh dikatakan semua perancangan sudah dibuat untuk bahagian pembangunan. Usaha dari segi pemasaran dan promosi belum dimulakan lagi. Beberapa perancangan untuk promosi antaranya

1.    Blog pembangunan games
2.    Youtube video berkenaan pembangunan games
3.    Twitter
4.    E-book berkenaan pembangunan games dengan iPhone
5.    Kerjasama dengan K-Ekonomi Melaka dan juga MDeC ketika pelancaran
6.    Kerjasama dengan seorang penulis novel (belum boleh didedahkan) tentang pelancaran bersama dengan novel beliau dan menggunakan games di atas nama karektor di novel beliau.
7.    Halaman web untuk games tersebut

Saya tidak dapat menjangkakan bilakah games ini berjaya disiapkan, oleh kerana kekurangan pengalaman dalam pembangunan games dan apa yang kami harap kami dapat melancarkannya dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun sokongan dari anda semua memungkinkan satu games muncul dari satu syarikat kecil yang tidak ternama. Di bawah saya sertakan gambar-gambar yang berkaitan dengan pembangunan games tersebut.

 

Meja yang ditambah untuk pelajar praktikal (pink power !!)

My 2nd hand Macbook white. Buy it from @sumardi .

2 Mac mini ,1 iPod Touch 8G and 1 Wacom Bamboo Tablet from Machines (klik more untk lihat lebih gambar)

Memerlukan telefon bimbit 3G untuk menggantikan Motorola E680 yang hanya menyokong GPRS menyebabkan saya membuat kajian tentang telefon 3G terbaik untuk digunakan.

Setelah melihat Samsung Omnia, Sony Ericson Experia, HTC Touch Diamond dan Iphone 3G . Saya telah memilih untuk membeli Iphone 3G 16GB White . Selamat datang ke dunia Steve Jobs. Saya akan cuba membuat ulasan tentang kebaikan dan kelemahan Iphone 3G setelah seminggu saya menggunakannya. Selain dari itu, nikmatilah pembukaan kotak Iphone dari courier hingga pengaktifan. Laughing