muzhafar's blogDalam blog2 yang lalu, bos saya telah banyak menyentuh tentang ciri2 programmer yang berjaya(programatik) dan ciri2 syarikat yang berjaya. Seterusnya, kami sebagai warga AIST menyahut seruan ini dengan hati yang terbuka.
Disamping mengemaskini teknik pemikiran kami, Office AIST juga mengalami perubahan yang besar, bermotifkan "Egronomics Office" kami telah membuat beberapa pengubahsuaian dan penambahan yang agak drastik.
Module Peti-Ais Aist
Sangat Egronomic, menyediakan bekalan air isotonik tanpa had kepada programmer, staff dan pelanggan. Setakat ini mampun memuatkan lebih 48 tin air ISOMAX.
Module Pencetakkan AIST. Kerana kami mengalami masalah dalam pencetakkan, terutama dalam pencetakan sijil kursus, tindakan telah diambil untuk membeli satu super printer yang mana boleh mencetak apa sahaja.
dibelakang adalah salimi, kita dapat lihat, printer ini lebih kecil dari mesin basuh tetapi lebih besar daripada manusia. specs printer akan saya sertakan dalam blog seterusnya, kerana kami masih lagi mengkaji potensi module ini ke tahap yang maksima.
Module Jajan Aist Kajian mendapati, 90% programmer memilih untuk mengunyah sewaktu berada di hadapan komputer. Sehubungan itu, tindakan yang di ambil adalah mewujudkan ruang jajan serba ringkas (ala kedai runcit) namun masih mampu membekalkan bahan kunyah kepada progrmmer.
Pengubahsuaian yang dibuat, sistem takungan air telah ditambah dan kini, staf tidak perlu lagi keluar mengambil air dari water cooler, Menjimatkan masa. Pek Bancuhan 3 in 1 juga telah diperkenalkan, antaranya adalah nescafe dan teh tarik. Namun kami mendapat aduan dari john(staf aist) bahawa air teh tarik mampu memudaratkan perut beliau.
Kapasiti Maksima : Setakat ini, 60 bungkus Mamme Monster, Setin Biskut kering, 30 bungkus muruku cap baby dan lain2.. ade la dalam 4-5 kilo.
Module Wireless Phone Pernah beberapa kali Salimi (Staf AIST) tersungkur akibat tersangkut wayar, dan kerap kali, wayar tersimpul kerana perkongsian telepon yang tidak teratur di dalam pejabat kami. dengan wujudnya module Wireless phone ini, kami telah berjaya mengatasi semua masalah tersebut dan tanpa disangka, telepon ini lebih banyak membantu.
kerana had maksima jarak dari terminal tidak disertakan didalam buku panduan, kami mengambil keputusan untuk membuat eksperimen sendiri. Antara pejabat kami dan tempat letak kereta, jaraknya dalam lingkungan...150m, namun telpon ini masih dapat memberikan kualiti isyarat yang jelas dan kami amat teruja.
Merujuk kepada keputusan eksperimen diatas, kesimpulan yang dibuat adalah, jika staf aist sedang sibuk berbual dengan pelanggan dan tiba-tiba mahu ke tandas, telepon ini boleh dibawa tanpa sebarang ganguan pada talian, ini amat fleksible dan effektif.
Eksperiment seterusnya mungkin menglibatkan jarak yang lebih jauh. (sampai restoran ikan bakar malim [tempat lunch kami])
Terdapat banyak lagi module2 menarik yang mahu saya sampaikan, namun, kami amat sibuk dengan tugasan masing-masing dan jika ada masa lapang, sy akan menambah lagi kandungan blog di aist.
Sekian, Terima kasih. Setiap hari dalam hidup kita, pernah tak kita tepikir... sebenarnye internet adalah software. boleh dikatakan berjuta-juta megabyte data telah bertransaksi setiap hari. dan setiap server(OS) wajib mempunyai hardware sendiri. kalau data center kat jaring tuh, penuh dengan komputer, bukan server pun... siap ada yg taruk pc lowyat, siap ada lampu-lampu neon. for what? sumer nih semata-mata untuk menjalankan aplikasi diorang... nak cari connection laju... nak dedicated IP, (tapi jaring kedekut IP), kos-kos data center, boleh dikatakan menelan beribu ringgit setiap bulan, ade syrikat yg menawarkan semi-dedicated (kongsi-kongsi os) tapi masih belum menepati kehendak pengguna/developer. tak secure, tak personal bla... bla.. jadi ape penyelesaianye? dont worry, we have a cheap solutions! (idup AIST!)
Memperkenalkan teknologi paravirtualization, satu hardware... sepuluh OS <-- boleh lebih lagi tau.. konsep yg kitorang nak perkenalkan nih simple aje, contoh nye, korang penah dengar perkataan emulator, haaa... salah! paravirtualization bukan emulator.. sebabnyer, emulator adalah 100% berjalan diatas OS yg sedia ada, macam OS dalam OS, tapi paravirtualization adalah berbeza. dalam paravirtualization, kita bahagikan sama rata resource cpu, memory ram, space harddisk dan takboleh over-used (kecuali network card ).
Contoh mudah :
Hardware Fizikal : 1024 DDR2 Ram, 2xCore Xeon (2.0ghz), 160 GB HD Operating system (Virtualization): Linux 1 (512 RAM, 50GB HD, Core 1) Linux 2 (256 RAM, 50GB HD, Core 2) Linux 3 (256 RAM, 50GB HD, Core 2) jadi, dalam contoh diatas, ade tiga operating system(OS) --> dalam satu server. tiap2 OS adalah unik dan tak boleh ganggu OS lain, kecuali "Linux 1" yg berfungsi sebagai monitoring dan administration. kebolehan tiap2 os adalah independent, tidak bergantung kepada os lain, contohnya, kalau linux2 tengah busy, performance linux3 tidak akan terjejas. (sebabtu laa kite bagikan ram tu awal2). dan kalau kite gunakan Quad-Core, kite boleh bahagikan satu OS satu core, jadi takyah nak berebut2. hehehe.
Network card (NIC) boleh over-used ?
hehehe, network card memang x de masalah, dalam linux biase pun kite boley overuse seberape banyak yg kite nak. cume dalam paravirtualization, agak berbeza sikit, kita jadikan network card yg sedia ada sebagai bridge. pastuh, sumer NIC yg dikesan oleh os, sebenarnye adalah virtual network card.. simple kan? camne performance? dont worry, network card sekarang, speed dier... 1Gigabit. kalau nak kate boleh slow.. kat TMNET data center pun, speed yg diorang bagi cuma 2MBps(dedicated) berbanding 1000MBps dari server kita, kalu ade sepuluh OS pun.. 100Mbps/os.. memang lebih dari cukup. Soo, kenape tak ade orang pakai?
Jawapan : di Malaysia, sebenanyer dah ramai yg gunakan Virtual Server ni, cume masih belum digunakan secara meluas, dan tak cukup pakar yg boleh buat maintenance. tapi mengikut ramalan AIST, "lagi setaun dua, meletup nih" <-- bos gue yg cakap. Kan bagus kalau, kite boleh hidup tanpa hardware? eekk?
Jawapan : betul.. memang posible.. nak tau camne? satu kelebihan virtualization... kite boleh jalan2 dalam internet.. macam rumah bergerak atau pun caravan. camne plak tu? hehe, kalau dulu, tiap2 kali nak pindah datacenter.. kene pegi sane, cabut server, isik borang pastuh kene bawak pulak pegi datacenter baru..... sekarang tak payah, sumer boley buat online. dari datacenter 1 (USA) boleh hantar kat datacenter 2 (Kualalumpur) dalam masa satu hari jek. power2. jadi kalau dah tak de tempat, pindahkan masuk komputer sendiri.. hehehe nanti kalau ade tempat.. masukkan balik kat datacenter... kan so'nang'tu jang.... Soo.. saya nak! nak! nak!
Jawapan : sabar2... virtualization melibatkan banyak proses, jadi company kitorang memang ade buat mende2 high-end ni, bermula dari RM250 sebulan, korang boleh dapat satu server + satu ip + 24jam connection. pasal specs, kitorang janji.... gerenti puas... kalau nak, cepat2 call, tempat sangat2 limited. siapa cepat dier dapat. Contacts: Muza - 016-3411297 atau office kitorang - 06-2322 464, jadi... ape pendapat korang? ade comment? tinggalkan kat bawah ni...
(Muja roger n Out.) |
Blog CategoriesWe SupportUser login |

>
>
>
>
>
>