Pengaturcara PragmatikSifat manusia kebiasaannya akan cuba membuat alasan jika mereka membuat kesilapan. Apabila aplikasi anda tidak berfungsi dengan betul anda akan cuba membuat alasan. Antara alasannya :
Kebanyakan alasan di atas, cuba menyalahkan semula pengguna anda. Pengguna adalah raja, pengguna sentiasa betul. Alasan-alasan di atas akan menyebabkan pengguna anda menjauhi aplikasi anda dan tidak memberikan maklum balas yang berguna.
Kesimpulannya adalah berikan klien anda pilihan , bukan alasan. Dalam artikel pengaturcara pragmatik, saya akan kongsi tips-tips terbaik dalam pembangunan perisian. Diharap artikel-artikel ini dapat membantu saya dan juga anda semua meningkatkan ilmu dalam dunia pengaturcaraan.
Jika anda perasan kualiti kereta-kereta Jepun sangat berbeza dari tahun 1970-an dengan sekarang. Honda Accord tahun 1990 dengan tahun 2008 . Ini adalah satu konsep orang Jepun "Kaizen" yang bermaksud berterusan membuat peningkatan kecil. Ini adalah satu sebab kenapa orang Jepun berjaya menghasilkan kereta-kereta yang sebelumnya ditertawakan oleh orang barat bertukar menjadi ikon , inspirasi kepada mereka.
Kaizen boleh diaplikasikan dalam pengaturcaraan. Setiap hari, kaji semula kod anda, apa yang kurang ? Apa yang terlebih. Dokumenkan kod anda menggunakan PHPDoc. Gunakan Unit Test dalam projek anda . Ubah dari CVS ke SVN. Tukar dari PSPAD kepada Eclipse. Tambah alatan baru dalam pengaturcaraan anda, tambah teknik baru. Belajar bahasa baru dalam kod anda. Belajar Ruby , Python dan anda akan dapat menggunakan PHP dengan lebih baik. Cabar diri anda untuk belajar benda baru bagi setiap projek. Anda akan terkejut betapa pengalaman anda berkembang dengan setiap projek yang anda jalankan.
|

