Programming ContestAIST (Art In Software Sdn Bhd) akan bekerjasama dengan K-Ekonomi Melaka akan menganjurkan pertandingan pengaturcaraan PHP VIP ( Very Important Programmer ) atau nama rasminya VIP PHP Programming Contest. Acara ini akan berlangsung selama 2 hari (23-24 Ogos 2008) dengan hari pertama akan dimulakan dengan ceramah oleh ahli-ahli PHP.net.my . Untuk hari yang kedua 24 Ogos 2008, pertandingan pengaturcaraan akan dijalankan. Hadiah berupa wang tunai bernilai RM 1000.00 untuk kumpulan pertama, RM 750 untuk kumpulan kedua dan RM 500 untuk kumpulan ketiga serta 2 hadiah saguhati RM 100 akan diberikan. Acara ini diharap dapat memeriahkan lagi dunia IT di Melaka. Klik di banner untuk mengetahui maklumat lanjut.
|

