.

Sofware Development

Sebelum saya memutuskan untuk memberikan nama games tersebut (untung jadi bos ni, ada kuasa veto ;) . Saya sudah memberikan visi bahawa games ini berkenaan

 

  • Turn-based strategy games
  • Elemen perang zaman dahulu (raja, puteri, pahlawan, pemanah)
  • Menggunakan karektor yang comel
  • Ada 10 level (target awal) 

Untuk bahagian ini ada dua jawatan yang diberikan tangungjawab.

  1. Games Designer
  2. Games Artist

Games Designer

Games Designer akan merekacipta semua watak, peta, level untuk games tersebut.  Apakah jalan cerita yang sepatutnya dari level 1 hingga 10, siapakah hero, apakah matlamat untuk hero capai bagi setiap level. Secara kasarnya, games designer memainkan tugas yang penting apakah visi games tersebut. Jadi tanggungjawab ini saya tugaskan kepada seorang staff saya, Nurulhuda. Tugas hari pertama beliau adalah bermain games yang ada kena mengena dengan Turn based strategy games atau apa-apa strategy games. Minggu pertama beliau adalah bermain games (kepada sesiapa yang berminat untuk bermain games setiap hari boleh hubungi kami ;) . Bermain akan memastikan games designer dapat rasa, apakah karektor yang ingin dibangunkan. Level yang diperlukan, peta yang akan direka, kelemahan games yang boleh diperbaiki dan juga kebaikan games yang boleh diikuti. Lebih banyak games yang dimainkan, lebih baik.

 

Antara games yang saya berikan untuk beliau "kaji" ialah

1. Ancient Wars II (Java Games dari telefon bimbit Motorola saya)

2. Rise of Lost of Empires (Real time strategy games - iPhone /iPod touch game)

3. Mecho Wars (Turn-based Strategy Games)

 

Ada beberapa games lagi yang sudah dibeli, tapi belum sempat digunakan. Selepas games dimainkan, games designer sudah dapat visi yang diinginkan oleh saya. Penting untuk mendokumenkan setiap karektor, kajian yang dijalankan di wiki (Kami menggunakan Google Sites untuk ini) dan menyimpan semua kajian, dokumentasi dan pembangunan karektor.

 

Satu buku telah dibeli untuk mendalami bagaimana untuk menulis cerita di dalam games.

The Ultimate Guide to Video Game Writing and Design dari Kinokuniya. 

 

 

Games Artist

Tugas Games Artist adalah menjadikan watak / karektor dari Games Designer menjadi realiti. Dalam games, karektor-karektor tersebut dipanggil Sprite. Watak-watak tersebut pada mulanya akan dilakarkan secara kasar sama ada menggunakan kertas dan pensil atau menggunakan board lukisan seperti Wacom tablet. Saya telah membeli Wacom Bamboo tablet untuk kegunaan Salimi (staff sedia ada) untuk melukis. Pastikan anda menunjukkan apakah arah tuju watak-watak yang anda inginkan di games anda. Games artist seperti games designer, juga memerlukan tempoh untuk bermain games-games yang dimainkan oleh games designer. Setiap watak yang dilukis diletakkan di dalam wiki dan kemudian akan dibincangkan bersama tentang apakah ciri-ciri karektor tersebut.

Di bawah saya sertakan beberapa karektor yang telah dilakarkan oleh Games Artist kami.

 

Setakat ini saya suka dengan lakaran-lakaran yang diberikan. Saya harap sesiapa boleh komen untuk ditambah baik karektor-karektor tersebut. Games designer akan membuat satu jadual pembandingan antara watak jahat dan baik kemudian apakah kelemahan dan kekuatan karektor masing-masing.

 

Banyak lagi yang belum diperhalusi. Setiap karektor perlu memberikan impak kepada games dan memberikan satu imej yang melambangkan games adalah dari kami . Saya menginginkan watak games tersebut mempunyai ciri-ciri Malaysia, tetapi agak sukar. Apa yang saya sasarkan adalah kami dapat terbitkan games ini dahulu dan akan sasarkan games yang akan datang mempunyai lebih ciri-ciri Malaysia ;) .

 

Saya masih meraba-raba mencari arah tuju apakah sepatutnya yang kami buat seterusnya. Kebanyakan langkah-langkah di sini adalah dari "common sense" saya dan sedikit rujukan di internet.  Saya akan cuba mendokumenkan setiap langkah-langkah kami. Kesilapan kami, supaya pembangun-pembangun games dari Malaysia dapat serba sedikit ilmu apakah yang perlu untuk pembangun games bagi platform iPhone. Apa kata anda ? berikan sedikit komen kepada kami .

 Lagi 4 hari 5 jam VIP akan berlangsung. Perisian untuk menghantar , scoreboard sedang dibangunkan dan dijangka akan siap lagi 2 hari, sempat untuk saya menguji sebelum digunakan di dalam VIP Programming Contest. Saya mencari-cari perisian yang sesuai digunakan dan tidak dapat mencari perisian yang benar-benar sesuai dengan konsep pertandingan ini dan jalan yang paling mudah (baca: susah) adalah membangunkannya sendiri. Saya jangka perisian ini akan di open source kan dan mungkin akan dibangunkan kepada perisian yang sesuai untuk digunakan pada mana-mana pertandingan pengaturcaraan.

 

Saya menggunakan CakePHP 1.2 untuk backend dan ExtJS 2.2 untuk antaramukanya. Di harap perisian ini dapat memberi idea kepada para peserta apakah yang akan mereka lalui sepanjang masa 6 jam tersebut. Tutorial akan diberikan pada 23/8/2008 untk perisian ini. Di bawah saya sertakan screenshot aplikasi yang belum diberikan nama ini.

 

VIP Home Interface

 

VIP User Management

VIP Scoreboard

VIP Submission List & Upload Anwser.

 

VIP Clarifications

Selamat berjuang di VIP !