.

Startup

Perubahan berterusan bukan sahaja berada dalam dunia perisian. Dunia perkakasan lebih menampakkan corak yang jelas berbanding dengan perisian. Antara syarikat yang menyokong perubahan berterusan adalah Apple dengan produk mereka iPod .

 

 

 

 

Dari iPod classic sehingga ke iPod nano rekaan iPod mengekalkan konsep yang terbaik memberikan pengguna perasaan ingin memiliki iPod setiap generasi. Mereka mengekalkan ciri-ciri terbaik seperti click wheel , antara muka yang mudah dan menukar beberapa kelemahan seperti cakera keras kepada cakera flash dan saiz yang lebih kecil. Namun dari segi rekaan iPod touch Apple telah memberikan satu revolusi rekaan berbanding dengan generasi yang lain.

Jadi apakah usaha anda untuk memastikan diri anda atau syarikat anda memegang konsep perubahan berterusan ?

 

Satu sistem itu lengkap bukan apabila tiada benda lagi untuk ditambah, tetapi apabila tiada lagi benda untuk dibuang .

Untuk beberapa tips bagi menamakan syarikat anda dari artikel Memulakan Bisnes - Penubuhan Syarikat ada satu artikel yang mungkin anda boleh mendapatkan idea bagaimana untuk menamakan syarikat anda. Anda boleh bacanya di sini