.

Talk

Sebelum ini saya pernah dijemput untuk mengadakan ceramah di the c0de 2007, UTEM dengan tajuk Pragmatic Programmer . Pada tahun ini saya dijemput lagi , dan tajuk yang diberikan ialah Very Important Programmer -How To Shine For Your Future Interview . Terima kasih pada pihak UTEM kerana jemputan tersebut, diharapkan pihak AIST dapat bekerja sama lagi pada masa akan datang.

 

Saya berharap ceramah tersebut dapat dimunafaatkan oleh pelajar-pelajar baru di UTEM. Selama menjadi warga Melaka. Slaid ceramah saya di attachkan di bawah kiriman ini.

Tags:

Ceramah saya di UTeM berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang berjaya bertahan untuk mendengar celoteh saya hingga ke akhir. Ceramah saya yang bermula pada jam 11 pagi dan habis pada jam 12.00 tengah hari bertajuk "Pengaturcara Pragmatik". Selepas itu mereka mengadakan kuiz pengaturcaraan dan AIST sempat mencelah untuk menaja cawan (imej PHP) dan juga beg (training.net.my) untuk kuiz tersebut.

Jam 1.30 petang, mereka mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang "The Code" berupa wang tunai sehingga RM 700. Tahniah kepada UTeM kerana berjaya menganjurkan program yang mempu menjana pengaturcara yang pragmatik. Kepada sesiapa yang ingin memindah turun slaid "Pengaturcara Pragamatik" bolehlah pindah turun di bawah.

 

Tags:

Saya telah dijemput oleh UTeM untuk memberikan ceramah untuk pelajar-pelajar tahun akhir pertama Sains Komputer. Ceramah ini memfokuskan kepada bagaimana pengalaman yang boleh dikongsikan apabila menjadi seorang pengaturacara dalam dunia pekerjaan. Saya telah memikirkan beberapa tajuk, antara tajuk yang menjadi pilihan ialah "Pengaturcara Pragmatik" . Ceramah tersebut akan bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 (saya tak fikir sampai begitu lama). Dalam majlis ini juga UTeM menganjurkan "coding competition" untuk pelajar-pelajar tahun akhir mereka, majlis akan bermula pada seawal jam 8.30 pagi.

Kepada sesiapa yang berada di sana, jangan malu untuk memperkenalkan diri anda kepada saya.