VIPVideo sedang ditukarkan kepada format video tetapi belum mendapat tempat dimana ingin di siarkan. Di bawah adalah 3 dari 4 slaid yang dibentangkan pada hari tersebut. Mike Reining - The MindValley Way: Agile Entrepreneurship Sumardi Shukor - Gears : Takes Online Applications, Offline Fakhrur Hizam Mohd - Finishing your FYP ni record time using CakePHP
English version is below the Malay version post : Semalam 24 haribulan Ogos tamatnya acara VIP PHP Programming Contest 2008. Saya masih dalam kepenatan setelah 2 hari berhempas pulas untuk menjayakan program 2 hari VIP tersebut. Ini tidak termasuk dengan 1 bulan persiapan sebelum acara. Di bawah adalah ringkasan ringkas apa yang saya belajar semasa menganjurkan acara VIP :
Terima kasih kepada Crew AIST untuk persediaan dan semasa acara VIP PHP Programming Contest. Blog lebih lanjut tentang acara ini akan di sediakan oleh Crew AIST yang lain. Tungu !! . Apa pun anda boleh baca satu blog yang telah review acara hari pertama dan kedua di http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm... http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog... Saya harap kami mendapat peluang lagi untuk menganjurkan VIP 09 tahun depan. Selamat berjumpa di VIP 09. Dan akhir sekali terima kasih kepadaBahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana menjadi penyumbang kewangan terbesar dalam acara ini terutama kepada En Shufaat.
English Version :
Yesterday 24th of August VIP PHP Programming Contest 2008 is officially end. I'm still tired after 2 days preparing for this 2 days event. This not included with 1 month preparation before the event. Below is the summary what I learn and I hope to change during the VIP's event.
Thank you to AIST Crew for the preparation and during this VIP PHP Programming Contest. Blog details will be prepare by AIST crew while they relaxing after the event. If you really want to know you can read at the contestant blog that summarize quite good about the contest. http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm... http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog... I'm hoping we will have the opportunity to organize this event next year. See you on VIP 09. Last but not least , a very big thank you to Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka for being the biggest finance contributor in this event especially to Mr Shufaat. Lagi 4 hari 5 jam VIP akan berlangsung. Perisian untuk menghantar , scoreboard sedang dibangunkan dan dijangka akan siap lagi 2 hari, sempat untuk saya menguji sebelum digunakan di dalam VIP Programming Contest. Saya mencari-cari perisian yang sesuai digunakan dan tidak dapat mencari perisian yang benar-benar sesuai dengan konsep pertandingan ini dan jalan yang paling mudah (baca: susah) adalah membangunkannya sendiri. Saya jangka perisian ini akan di open source kan dan mungkin akan dibangunkan kepada perisian yang sesuai untuk digunakan pada mana-mana pertandingan pengaturcaraan.
Saya menggunakan CakePHP 1.2 untuk backend dan ExtJS 2.2 untuk antaramukanya. Di harap perisian ini dapat memberi idea kepada para peserta apakah yang akan mereka lalui sepanjang masa 6 jam tersebut. Tutorial akan diberikan pada 23/8/2008 untk perisian ini. Di bawah saya sertakan screenshot aplikasi yang belum diberikan nama ini.
VIP Home Interface
VIP User Management
VIP Scoreboard
VIP Submission List & Upload Anwser.
VIP Clarifications Selamat berjuang di VIP !
Sebelum ini saya pernah dijemput untuk mengadakan ceramah di the c0de 2007, UTEM dengan tajuk Pragmatic Programmer . Pada tahun ini saya dijemput lagi , dan tajuk yang diberikan ialah Very Important Programmer -How To Shine For Your Future Interview . Terima kasih pada pihak UTEM kerana jemputan tersebut, diharapkan pihak AIST dapat bekerja sama lagi pada masa akan datang.
Saya berharap ceramah tersebut dapat dimunafaatkan oleh pelajar-pelajar baru di UTEM. Selama menjadi warga Melaka. Slaid ceramah saya di attachkan di bawah kiriman ini.
AIST (Art In Software Sdn Bhd) akan bekerjasama dengan K-Ekonomi Melaka akan menganjurkan pertandingan pengaturcaraan PHP VIP ( Very Important Programmer ) atau nama rasminya VIP PHP Programming Contest. Acara ini akan berlangsung selama 2 hari (23-24 Ogos 2008) dengan hari pertama akan dimulakan dengan ceramah oleh ahli-ahli PHP.net.my . Untuk hari yang kedua 24 Ogos 2008, pertandingan pengaturcaraan akan dijalankan. Hadiah berupa wang tunai bernilai RM 1000.00 untuk kumpulan pertama, RM 750 untuk kumpulan kedua dan RM 500 untuk kumpulan ketiga serta 2 hadiah saguhati RM 100 akan diberikan. Acara ini diharap dapat memeriahkan lagi dunia IT di Melaka. Klik di banner untuk mengetahui maklumat lanjut.
|

