Web Design MalaysiaSaya membaca beberapa blog dan mendapati keyword "web design malaysia" adalah satu keyword yang dikejar oleh kebanyakan syarikat web design di Malaysia. Saya ingin mencuba beberapa tips SEO yang saya ingin uji dan cuba mendapat ranking yang baik di Google untuk keyword "web design malaysia" . 1. Title / Keyword "web design malaysia" di halaman web kiriman ini. 2. Title / Keyword " web design malaysia" di URL di kiriman ini. Kedua-dua features ini sudah disokong oleh Drupal secara terbina dalam. 3. Ulangan keyword "web design malaysia" di dalam kiriman pos ini. 4 Link dari halaman web lain untuk keyword "web design malaysia" Saya akan membuat satu text link banner dengan keyword web design malaysia sebagai anchor text dari halam web php.net.my . Satu kiriman blog juga akan di buat pada pertengahan minggu ini untuk dipaut kepada kiriman blog ini.
Empat ujian ini akan dilakukan dan melihat sebanyak mana peningkatan bagi keyword "web design malaysia" bagi halaman web AIST . Saya akan menguji beberapa lagi tips yang saya rasakan boleh meningkatkan ranking bagi keyword ini. Setakat ini, halaman web AIST tiada langsung dalam top 40 bagi keyword ini. Bagaimana untuk menguji keyword ranking untuk halaman web anda ? Saya menggunakan carian Google dan mencuba Google Ranking bagi keyword tersebut untuk website AIST . Kita akan menunggu sehingga seminggu (19/08/2008) untuk melihat hasilnya. Bagaimana dengan usaha untuk perubahan berterusan bagi halaman web anda ? Meningkatkan keyword ranking bagi keyword pilihan adalah salah satu usaha bagi perubahan berterusan.
Update 31/07/2008 Tiada perubahan dari segi keyword "web design malaysia" bagi halaman web ini. Nampaknya beberapa teori yang ada gagal untuk membawa perubahan ranking halaman web ini. Saya menjumpai satu website yang lebih baik untuk memeriksa keyword di Google. Anda boleh pergi ke http://tools.seobook.com/rank-checkers/seobook/ . Kita tunggu lagi seminggu untuk mendapatkan Google archive halaman web ini. Saya menggunakan satu lagi teori 5. Google akan memberikan lebih keutamaan kepada halaman atau website yang mempunya content yang selalu berubah. |
