.

Workspace

Tags:

Saya seorang yang menyokong apa-apa yang boleh meningkatkan produktiviti seorang pengaturcara. Setelah membaca banyak artikel di internet tentang "dual monitor setup" akan meningkatkan produktiviti. Pada hari Isnin yang lepas saya telah menerima satu monitor 22 inci dari Dell dan telah mengubah laptop saya untuk menyokong dual monitor. Kita akan lihat adakah peningkatan produktiviti yang ketara setelah saya menggunakan dual monitor ini. Apa yang pasti saya sangat gembira apabila Eclipse editor saya dapat digunakan secara maksimum. Untuk tatapan semua, saya selitkan beberapa gambar untuk dinikmati bersama.