Blogs
Memulakan bisnes bukan tugas yang mudah. Merancang arah tuju syarikat, melakukan kajian dan pembangunan, membuatkan anda kadang-kadang hilang arah. Apakah yang kami capai dalam tahun ini ? AIST telah melancarkan Awal tahun ini, saya telah membeli iPhone dan mempunyai idea untuk menceburkan diri dalam mobile content. Jadi saya telah membuat BHAG (Big Hairy Audicious Goal) untuk membangunkan satu turn-based strategy games untuk iPhone. Untuk masa sekarang, boleh dikatakan proses awal baru dimulakan. Kami telah mengambil 4 orang pelajar praktikal (tiada bajet ;) untuk membantu kami membangunkan projek ini .
Boleh dikatakan semua perancangan sudah dibuat untuk bahagian pembangunan. Usaha dari segi pemasaran dan promosi belum dimulakan lagi. Beberapa perancangan untuk promosi antaranya 1. Blog pembangunan games Saya tidak dapat menjangkakan bilakah games ini berjaya disiapkan, oleh kerana kekurangan pengalaman dalam pembangunan games dan apa yang kami harap kami dapat melancarkannya dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun sokongan dari anda semua memungkinkan satu games muncul dari satu syarikat kecil yang tidak ternama. Di bawah saya sertakan gambar-gambar yang berkaitan dengan pembangunan games tersebut.
Meja yang ditambah untuk pelajar praktikal (pink power !!)
My 2nd hand Macbook white. Buy it from @sumardi .
2 Mac mini ,1 iPod Touch 8G and 1 Wacom Bamboo Tablet from Machines (klik more untk lihat lebih gambar) Staff AIST bersungut kerana kelajuan internet di ofis hanya cukup-cukup makan. Pada hari Rabu (18/02/2009), saya menghubungi satu reseller di internet (http://www.ez-broadband.com/ ) bertanyakan adakah Ayer Keroh di dalam kawasan liputan 4MBps Streamyx. Setelah mendapat pengesahan, saya bersetuju untuk menaik taraf internet dari 512kbps -> 4Mbps (8 kali lebih laju), pada hari Khamis, pemasang dari TM telah datang dan membuat konfigurasi kepada port kami. Dari segi teori, mereka perlu menyambungkan modem ke internet , kemudian mereka menghubungi bahagian network di Kuala Lumpur untuk proses 'port' kami . Dalam pukul 2 petang pemasang dari TM menghabiskan kerja mereka dan memberitahu saya internet line 4Mbps boleh digunakan selepas 24 jam .
Hari ini Jumaat (20/12/2009) AIST telah berwajah baru dengan internet line 4Mbps . Saya sudah membuat benchmark sebelum dan selepas naik taraf.
Menggunakan Aplikasi Iphone Speedtest
Tiada beza sangat dalam Upload tetapi sangat berbeza untuk Download. Hasilnya, YouTube boleh dilayari dengan tenang ;) . Adakah ia akan meningkatkan produktiviti ? Saya merasakan ya, kalau boleh lihat YouTube dengan lebih cepat, sudah tentu ada lebih masa untuk buat kerja. Apa-apa pun berusahalah AIST !!
Do you walk the walk as well as talk the talk? If your mouth says one thing and your body Behold ! It's my first MacBook! Checkout the piccas; we were at Cineleisure and because we couldnt wait to open it at home;
Memerlukan telefon bimbit 3G untuk menggantikan Motorola E680 yang hanya menyokong GPRS menyebabkan saya membuat kajian tentang telefon 3G terbaik untuk digunakan. Setelah melihat Samsung Omnia, Sony Ericson Experia, HTC Touch Diamond dan Iphone 3G . Saya telah memilih untuk membeli Iphone 3G 16GB White . Selamat datang ke dunia Steve Jobs. Saya akan cuba membuat ulasan tentang kebaikan dan kelemahan Iphone 3G setelah seminggu saya menggunakannya. Selain dari itu, nikmatilah pembukaan kotak Iphone dari courier hingga pengaktifan.
This is my first blog ever, been reading lotsa other people blogs for a long time. I'm a new guy in aist, named as Fadrizul by my dad. :D O_o this is a test anyways. Foss.my baru bermula dengan pembukaan oleh Yoon Kit Yong tentang ODF . Persidangan yang akan dijalankan selama 2 hari (8-9 November 2009) penuh dengan talk tengan Open Source.
Selepas pembukaan satu nyanyian tentang Open Source telah dinyanyikan bersama (baca: semua masih malu-malu) .
Ucapan pembukaan oleh Yoon Kit Yong
Nyanyian oleh Raj Kissu - Tajuk lagu tidak dapat dipastikan
Drupal - Internet Intelligence on Drupal oleh Raja Iskandar Shah Saya harap saya dapat melompat ke MyMeeting talk sekarang dan akan memberikan liputan sepanjang persidangan Foss.my ini. Dunia ini sememangnya menarik !
Talk yang kedua dan ketiga dijalankan oleh Pamela Fox dari Google, Developer Programs Engineer untuk Google Maps API. Tidak banyak yang boleh dikatakan selain ada beberapa features pada Google Maps seperti
Anda boleh baca keseluruhan pembentangan beliau di sini .
Talk ketiga adalah mengenai Youtube API, saya tidak berapa fokus dengan talk tersebut, tetapi antara yang baru ialah
Selain dari itu, API Youtube anda boleh baca di Google code . Anda boleh melihat slaid tersebut di sini . |
Blog CategoriesWe SupportUser login |























>
>
>
>
>
>