.

Buku

Tags:

Buku adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang "murah". Ia bergantung kepada definisi murah. Jika anda fikir dari segi harga RM 100++ untuk sebuah buku adalah mahal, fikir semula. Adakah anda tahu harga sebuah kursus PHP & MySQL ? RM 1000++ selama 4 hari. Bukan saya katakan, anda tidak perlu pergi ke kursus PHP & MySQL, tetapi harga sebuah buku PHP yang bagus adalah 10% dari harga kursus tersebut yang anda boleh gunakan seumur hidup. Pada zaman dahulu, saya gemar merenung / memilih buku di MPH, Kinokuniya sambil memilih buku yang baik untuk dibeli. Antara kategori buku kegemaran saya adalah

 

  • Komputer
  • Biografi
  • Bisnes
  • Hiasan dalaman (majalah)

Saya gemar membaca buku kategori biografi kerana ia memberikan kita pengalaman tanpa perlu mengalaminya. Saya juga dapat mendalami sifat / kriteria orang yang berjaya tanpa perlu berjumpanya. Antara buku biografi yang memberi impak kepada saya ialah

 


Bagaimanakah cara saya membeli buku sekarang ? Dengan teknologi internet yang semakin berkembang, saya sudah bertukar cara baru untuk membeli buku. Masih di Kinokuniya atau MPH tetapi secara online. Kebiasaannya saya akan membeli buku dari rekomendasi blog-blog yang saya baca, kemudian akan mencarinya di Amazon dan lihat komen-komen dari pembaca. Jika komen yang baik dari pembaca Amazon, saya akan membuat pesanan di Kinokuniya (selalunya Kinokuniya mempunya lebih banyak stok dari MPK) . Kinokuniya akan mengenakan caj penghantaran sebanyak RM 6 untuk pesanan di bawah RM 300 (lebih murah berbanding kadar letak kereta di KLCC ) . Dan dalam masa 2 hari bekerja, buku-buku tersebut akan di hantar secara courier.

 

Senarai buku untuk dibaca bulan ini.

Bisnes + Software
Bagaimana menjual perisian

Komputer

Membina scalable website oleh founder Flickr

Software
Bagaimana menjadi seorang pengaturcara pragmatik
Biografi
Richard Branson dari Virgin

 

Ohh, jika anda tidak tahu, anda akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM 700 seorang untuk pembelian buku. Untuk syarikat, anda boleh tolak seberapa banyak yang mungkin untuk perbelanjaan. Untuk satu keluarga yang suka membaca, anda boleh mendapat bajet sebanyak RM 1400 untuk pembelian buku (pembayaran cukai berasingan).

 

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.