.

Internet Oh Internet

Jika anda seperti saya, yang memerlukan sambungan internet ketika perjalanan keluar atau bercuti bersama keluarga. Sambungan internet diperlukan ketika masalah pelayan server klien yang tidak berfungsi, memerlukan anda menghantar/memeriksa emel atau ada perlu penghantaran faks kepada klien. Tetapi yang paling biasa ialah memeriksa emel.

 

Banyak penyelesaian yang boleh digunakan antaranya

  • WIFI
  • Cybercafe
  • 3G / GPRS

Saya adalah orang yang suka berjimat pada benda yang boleh di "laverage" ( sokongan pelayan RM 10 ribu setahun , untuk connection internet RM 10 ringgit / 10 minit == berbaloi ). Saya biasanya gunakan telefon bimbit GPRS saya untuk login ke internet. WIFI dan Cybercafe bukanlah pilihan yang baik bagi saya yang kadang-kadang berada di INSTUN, atau di tengah lebuhraya ketiga pelanggan berdepan dengan masalah.

 

Tetapi alah bisa tegal biasa, kadangkala sambungan ke internet menjadi satu habit yang sukar dilepas ketika waktu lapang. Bil telefon saya kadangkala mencecah RM 300 / sebulan. Tidak sesuai dengan moto 'jimat cermat' saya cuba mencari satu penyelesaian dan akhirnya Celcom menjawab pencarian saya dengan memperkenalkan Celcom Broadband Daily Unlimited . Dengan hanya RM 8 / hari anda boleh melayari GPRS mereka (384kbps) dengan hanya telefon atau SMS. Saya baru pertama kali mencubanya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menggunakan kemudahan ini.

 

SMS

Taip "CELCOM DAILY" dan hantar ke 28882 dan selepas itu satu SMS akan di hantar dan anda perlu balas "BROADBAND YES" dan anda sudah boleh menggunakan telefon 3G / GPRS anda untuk melayari internet dengan hanya RM 8 / sehari. Anda boleh memeriksa status subscription anda dengan "BROADBAND STATUS" ke 28882 .

Walaupun sambungan yang < dari Streamyx tapi dapat memenuhi keperluan biasa bisnes anda.

Untuk maklumat lanjut , anda boleh pergi ke halaman web Celcom di sini.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.