Khidmat pelanggan (2)Apple (US) baru-baru ini telah melancarkan iPhone yang berharga 599 USD ( +- RM 2000 ) dan tidak sampai 2 bulan, mereka menurunkan harga sebanyak USD 200 (+- RM 750 ) dan telah mengecewakan semua pelanggan mereka yang baru sahaja melihat nilai henfon mereka menurun hampir 40% . Apple bertindak cepat dengan menawarkan kepada pelanggan lama mereka voucher 100 USD untuk mereka membeli apa-apa barang di kedai/online Apple.
Rugi bagi anda ? bagi saya ini akan menambahkan penyokong-penyokong Apple yang memang fanatik akan terus menyanjungi mereka. Tahniah Apple. Jangkaan untuk telefon ini sampai ke Malaysia adalah awal tahun depan. Dengan harga menghampir RM 1400 untuk telefon 8GB cakera keras merupakan telefon pintar alternatif yang baik dan menambah satu lagi persaingan yang sihat dan standard yang baru bagi dunia telekomunikasi.
Terima kasih kepada pengunjung blog yang sudah menghantar slogan untuk memenangi sebuah buku "The Steps for Ephipany" . Tetapi anda perlu membalasnya di kiriman ini dan bukan mengemel kepada saya. Tarikh tutup adalah sebulan dari sekarang 9/10/2007. |
Blog CategoriesWe SupportUser login |

>
>
>
>
>
>
Post new comment