Khidmat pelanggan ( Sapa hendak buku percuma angkat tangan ? )Baru, baru ini, saya baru membeli beberapa buat buku untuk dibaca.
Apa yang hendak diceritakan adalah tentang buku ketiga , The Four Steps of Ephiphany , buku berkenaan adalah tentang bagaimana memasarkan produk dan berjaya bagi syarikat IT (Ulasan yang baik di Amazon ). Buku ini tiada dijual di Malaysia dan saya membelinya dari Cafepress. Selain dari lebih murah, Cafepress juga adalah penerbit bagi buku ini. Proses pembelian diberitahu adalah selama 14 hari dan apabila sampai tempoh masanya. Saya menghubungi pihak Cafepress berkenaan pesanan saya kerana setelah 16 hari, pesanan saya masih tidak sampai. Berikut adalah balasan mereka setelah beberapa emel sokongan diberikan.
Dear Ahmad Amran, Thank you for contacting CafePress.com! Thank If the original
Mereka telah memberikan saya buku gantian dan buku tersebut telah sampai 14 hari kemudian. Kemudian setelah 7 hari , buku dari penghantaran yang pertama pula sampai, seperti yang diberitahu oleh emel di atas, saya boleh menyimpan kedua-dua buku tersebut. Pesanan pertama lambat sampai kerana pihak KKDN Malaysia telah menahan buku tersebut untuk pemeriksaan. Saya kurang pasti, apakah sebabnya. Mungkin kerana gambar buku tersebut atau pihak KKDN telah membaca blog saya, lalu merasakan buku ini berbahaya bagi pengusaha bisnes kecil seperti saya atau mereka berminat setelah membacanya dari blog saya
Intipati kiriman ini adalah saya khidmat pelanggan dari Cafepress yang sangat bagus. Mereka tidak menyalahkan sesiapa berikutan ketidak sampai buku tersebut. Mereka tidak menyalahkan saya. Mereka tidak menyoal saya sama ada saya berbohong atau tidak. Mereka hanya bertanyakan alamat rumah saya sekali lagi dan terus menghantar gantian semula. Mereka juga menyuruh saya menyimpan buku yang pertama jika buku tersebut juga sampai. Tiada soalan. Kerugian mereka RM 140. Keuntungan mereka bagi saya adalah selama-lamanya. Saya telah memandang tinggi pihak Cafepress dan saya akan bercerita tentangnya seumur hidup saya.
Jadi hasilnya saya sudah mempunyai 2 buah buku. Oleh kerana merasakan membaca satu buku pun masih dalam peringkat permulaan, apakan lagi membaca 2 buku yang sama. Maka saya ingin membuat pengumuman kepada pembaca blog ini. Sesiapa yang ingin buku kedua tersebut, sila balas di kiriman ini, nyatakan kenapa anda lebih layak dari orang lain untuk menerima buku ini secara percuma + penghantaran (nilai RM 150) . Promosi ini akan bermula pada 9 September 2007 dan berakhir pada 9 Oktober 2007 (sebulan). Lengkapkan ayat di bawah tidak lebih 20 patah perkataan.
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana ______________________ (tidak lebih dari 20 patah perkataan )
Ini adalah untuk membalas jasa Cafepress kerana memberikan saya khidmat pelanggan yang terbaik. TQ Cafepress.
P/S . Kiriman di moderate, sila tunggu untuk saya luluskan kiriman anda setelah anda membuat kiriman ( Spam banyak )
|
Blog CategoriesWe SupportNavigationUser login |

.
>
>
>
>
>
Khidmat pelanggan ( Sapa hendak buku percuma angkat tangan ? )
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya malas nak beli dan suka buku percuma. Oleh kerana itu pilihlah saya ;)
saya angkat tangan dulu
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya memerlukannya untuk pengajaran dan saya bangga dengan tindakan saudara yang bukan hanya bersyukur malah sudi berkongsi ilmu tanpa mengharapkan ganjaran!
saya mahu...
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya ingin mengadaptasikan cara didalam buku itu untuk membayar yuran belajar saya....
Re: Buku percuma
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana sy tak penah bace buku import, lagipun mase sekolah dulu, sy kurang membaca.. pendek kate, sy ingin pupuk kesedaran membaca bagi diri sy dan seterusnya masyarakat di negara ini. Malaysiaku gemilang... uuu cemerlang!
sahabatku
aku lebih layak kerana aku kenal ko sejak sebelum ko kawin, dan bile ko kawin, ko kawin dgn roomate bini aku lak tu, dan bini ko study dekat lokasi yg sama dgn aku study skang nih, so by all means aku pun tgh meniaga jugak, jadik ape kate ko bagi jer kat aku wahai mr.sameon? murah ler rezeki ko :)
ni alamat umah aku:
NO: 4, Jalan 3/29
Bandar Tasik Puteri
48020 Rawang Selangor
kalau lalu, singgah2 ler umah aku, dah lama tak jumpe ko :)
Saya lebih layak memiliki
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana
["IT bisnes membolehkan saya mempunyai produk yang confirm terjual walaupun saya sedang tidur"].
Saya lebih layak memiliki
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana... saya ingin memulakan syarikat IT dan ingin tahu bagaimana memasarkan produk dan berjaya.
Saya lebih layak memiliki
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya akan pastikan buku itu diberikan kepada orang lain yang layak selepas saya membacanya.
Aku pasti manfaatkannya!!
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya pasti manfaatkan ilmu dari buku itu, ia tidak akan disia-siakan dan Amran pasti berbangga memilih saya sebagai pemenang.
Saya lebih layak memiliki
Buku tersebut sebab saya nak study betul2 untuk kembangkan bisnes dan pengetahuan saya ... mekacih ye kalau bagi kat saya
Dah tentu laa aku yang paling layak.
Sebab? Sebabnya mmg buku2 free kene bagi kat aku jugak.. Ape2 pun.. ko mmg kene bagi kat aku jugak.
Sori yer orang lain.. hehe
Bukan paling layak lagi.....dah habis layak dah.
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya ni malas membaca. Buku itu pasti terjaga dan cantik sampai bila-bila dalam simpanan saya.
Angkat Tangan
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya ingin menimba dan menambahkan lagi ilmu didada.Kalau nak dibandingkan wang dengan pergorbanan saudara.Pengorbanan saudara lebih jauh beza dari wang.Harap dapat berkongsi.
sebenarnya semua buku yg
sebenarnya semua buku yg diorder dari luar kena tahan dgn KKDN dulu... mmg camtu, bukan sbb tajuk buku ataupun blog.
saya berminat untuk memiliki
Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu dari orang lain kerana saya amat mencintai bidang internet marketer.-usahawansempoi.blogspot.com
Post new comment