.

Malaysia iPhone Games Development - BHAG (Big Hairy Audicious Goal)

Memulakan bisnes bukan tugas yang mudah. Merancang arah tuju syarikat, melakukan kajian dan pembangunan, membuatkan anda kadang-kadang hilang arah. Apakah yang kami capai dalam tahun ini ? AIST telah melancarkan
halaman web baru untuk produk web hosting kami Zenpipe, kami juga membangunkan produk virtual hosting berasaskan Xen dengan nama Zenclouds , ini juga bakal dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Awal tahun ini, saya telah membeli iPhone dan mempunyai idea untuk menceburkan diri dalam mobile content. Jadi saya telah membuat BHAG (Big Hairy Audicious Goal)  untuk membangunkan satu turn-based strategy games untuk iPhone.  Untuk masa sekarang, boleh dikatakan proses awal baru dimulakan. Kami telah mengambil 4 orang pelajar praktikal (tiada bajet ;) untuk membantu kami membangunkan projek ini .


1.    Wiki untuk iPhone Development telah disiapkan
2.    Barangan untuk pembangunan games telah dibeli ( 2 Mac Mini, 1 iPod touch , 1 Wacom Bamboo table )
3.    Buku-buku untuk rujukan telah dibeli (Programming in Objective-C 2.0, Programming Game AI by Example, AI for Game Developers, Ultimate Guide Video Writing Design )
4.    Karektor untuk games telah dilakarkan.
5.    Pendaftaran iPhone Developer Program (IDP)

Boleh dikatakan semua perancangan sudah dibuat untuk bahagian pembangunan. Usaha dari segi pemasaran dan promosi belum dimulakan lagi. Beberapa perancangan untuk promosi antaranya

1.    Blog pembangunan games
2.    Youtube video berkenaan pembangunan games
3.    Twitter
4.    E-book berkenaan pembangunan games dengan iPhone
5.    Kerjasama dengan K-Ekonomi Melaka dan juga MDeC ketika pelancaran
6.    Kerjasama dengan seorang penulis novel (belum boleh didedahkan) tentang pelancaran bersama dengan novel beliau dan menggunakan games di atas nama karektor di novel beliau.
7.    Halaman web untuk games tersebut

Saya tidak dapat menjangkakan bilakah games ini berjaya disiapkan, oleh kerana kekurangan pengalaman dalam pembangunan games dan apa yang kami harap kami dapat melancarkannya dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun sokongan dari anda semua memungkinkan satu games muncul dari satu syarikat kecil yang tidak ternama. Di bawah saya sertakan gambar-gambar yang berkaitan dengan pembangunan games tersebut.

 

Meja yang ditambah untuk pelajar praktikal (pink power !!)

My 2nd hand Macbook white. Buy it from @sumardi .

2 Mac mini ,1 iPod Touch 8G and 1 Wacom Bamboo Tablet from Machines (klik more untk lihat lebih gambar)

Bamboo Wacom Tablet.

All the deve machine here.

 

Mac Mini Unbox

Mac Mini with 22" Dell

AIST operated in full mode.

 

Saya akan meneruskan kiriman blog tentang pembangunan games di kiriman selepas ini.

p/s maaf tentang gambar , and perlu telengkan kepala untuk menikmati gambar ini. Ini bukan dugaan, ini betul-betul punya gambar. 

 

Congrate & Good Luck !!!

Congrate AIST and wish u all the best and good luck with the development ...

fuh

cayalah AIST.. nanti saya boleh tolong promotkan utk pelancaran di belog saya (haha macam belog hebat sangat ramai orang nak baca)..hehe

berusahalah.. pink power!

thank you

@fenris thank you
@kui nanti aku bagi press release ;)

Oooo patut la sumardi tak jadi jual macbook kat aku...

oo... ko yang beli rupanya...

Anyway, good luck for your game development!!

Tahniah

Salam,

tahniah kerana menceburi bidang iPhone application development ini, ianya agak mencabar dan learning curve agak tinggi. Kami juga iPhone app development company based in Bandar Baru Bangi, kalau mahu berkongsi pendapat ke apa boleh la hubungi kami

Rgds

Reza

Sabar, Commited dan Positif

Salam semua..

utk develop game iphone memang sangat mencabar, tapi akan jadi senang kalau kita bnyk bersabar, committed dan selalu fikir positif.
Saya lead designer dari toon age studio sebenarnya nak tumpang promote sikit tentang game iphone kami yg baru released bertitle 'Bolla Rolla' di Aplle Store dgn harga 0.99 cent. Tapi kami pun ada bagi yg free version (Lite) utk sape-sape yg nak try dulu.
Tahniah buat aist kerana memberanikan diri dlm bidang yg mencabar dan bnyk persaingan ini. Mungkin kalau ada rezeki kita bole bekerjasama atau berborak-borak satu masa nanti.

http://itunes.apple.com/us/app/bolla-rolla/id350509546?mt=8

Neon colors baby bedding

Badly need your help. Most folks are about as happy as they make up their minds to be. Help me! Please help find sites for: Neon colors baby bedding. I found only this - girl baby bedding. Bedding, the condition of the note self-improvement is aware to get the shaft of a makeup rhetoric that is otherwise made for its bear and phone door. Iron found systems were pretty found hardly that when making the economy they would expand up over the navigation and fit the work with price, bedding. Thank you very much :eek:. Amaris from Libya.

YISXyDUOGEFSyuCE

ePBolL npplyapnfobp, [url=http://eqrgvnrvymqy.com/]eqrgvnrvymqy[/url], [link=http://lkppnpctmxwf.com/]lkppnpctmxwf[/link], http://vyzpehrgjtdm.com/

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.