.

Memulakan Bisnes - Penubuhan Syarikat

Dari artikel pertama ( Memulakan Bisnes - Modal ), saya akan meneruskan artikel yang kedua berkenaan penubuhan syarikat. Waktu bilakah sesuai untuk anda menubuhkan syarikat ?

  1. Setelah mendapat projek pertama.
  2. Setelah berhenti kerja.
  3. Sebelum berhenti kerja.

Bisnes adalah berbeza dengan peringkat pertama iaitu mengumpulkan modal. Apabila anda dalam peringkat mengumpulkan modal, anda masih mempunyai pelapik iaitu kerja tetap anda. Apa-apa urusan pemasaran, penghantaran, mesyuarat semuanya ditanggung oleh kerja tetap anda. Pada waktu lapang, anda boleh melaksanakan projek anda. Apabila anda memulakan bisnes, semua pemasaran, penghantaran, mesyuarat ditanggung oleh anda sendiri. Masa ini dipanggil masa idel (tidak bergerak) dan dalam konsep idel, anda tidak menjana pendapatan ketika anda memasar, menghantar, bermesyuarat. Cuba bayangkan anda memasarkan servis anda selama sebulan, jika tiada klien tiada pelapik selain dari modal yang anda kumpulkan pada peringkat pertama.

 

Apa yang saya ingin terangkan ialah, semasa anda berhenti kerja, semua masa idel hendaklah dikurangkan. Anda sudah menubuhkan syarikat, membuat akaun bank, membuat halaman web anda dan dalam masa bekerja sekarang anda sudah memasarkan servis, produk anda. Saya menasihatkan anda mengurangkan semua masa idel adalah kerana projek pertama anda, klien kebiasaanya akan meminta akaun syarikat untuk dibayar cek. Menyebabkan anda kelam kabut untuk menyiapkan projek anda, mendaftarkan syarikat anda, mendaftar akaun semasa di bank. Semuanya perlu dibuat dalam masa yang serentak.

 

1. Pemilihan Nama Syarikat
Advanced Integrated Software Technologies. Syarikat yang mempunyai nama terpanjang di dunia selepas North East West South Aquarium ;) . Jadi apakah kriteria untuk memilih nama syarikat anda ? Perkara pertama bagi syarikat IT / Perisian ialah menggunakan http://whois.mynic.net.my (untuk domain Malaysia) atau http://rocker.zenpipe.com (untuk domain antarabangsa) . Kemudian fikirkan apakah nama yang anda ingin gunakan sebagai nama syarikat anda. Saya terdiri dari orang yang membuat kesilapan, iaitu mendaftar syarikat semasa projek pertama berjalan, jadi apa yang penting bagi saya ialah mencari jika domain aist.com.my wujud. Ini adalah penting untuk syarikat Malaysia mempunyai domain .com.my dan .com adalah keutamaan kedua. Ada orang kata semuanya pada nama, ada yang cakap apa ada pada nama , bagi saya pilih satu nama yang anda rasa menggambarkan syarikat anda pada awal-awal penubuhan. Jangan memilih nama seperti Indah Waja , Kajang Berlipat, Ratatoei, cuba jadikan nama syarikat sebagai penerangan syarikat anda. Selepas anda berjaya, anda boleh tukar nama kepada yang lebih pendek, glamor (a.k.a penjenamaan semula )

 

Telekom Malaysia -> TM
Malayan Banking -> Maybank
International Business Machine -> IBM

 

Jika anda ingin untuk menggunakan nama yang anda gemari tambahkan hujungnya dengan penerangan syarikat. Amran Software , Ainee Business Consultant. Contoh yang terbaik, Virgin Music , Virgin Atlantic. Satu ayat catchy, satu penerangan bisnes anda. Cuba senaraikan nama-nama yang anda inginkan dan buat pilihan.

Cuba lihat beberapa rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk panduan pemilihan nama.

 

2. Pendaftaran Perniagaan
Ada beberapa jenis syarikat yang boleh anda daftarkan

  • Pemilikan Tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat Sendirian
  • Syarikat Berhad

Ada jenis lain yang saya tidak sentuh , iaitu koperasi. Kepada yang belum tahu saya terangkan serba sedikit . Pemilikan tunggal dan Perkongsian merupakan konsep perniagaan yang paling mudah. Dengan kos serendah RM 30 anda sudah boleh mendaftarkan perniagaan anda. Satu tempat sahaja yang perlu didaftarkan iaitu SSM. Kebiasaannya syarikat adalah anda dan anda adalah syarikat. Jika anda bangkrup, syarikat bangkrup, jika perniagaan anda membayar cukai pendapatan, anda tidak perlu lagi membayarnya. Anda boleh menggunakan alamat rumah untuk pendaftaran syarikat pemilikan tunggal / perkongsian.

 

Untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd, pendaftaran agak kompleks berbanding dengan pemilikan tunggal. Mengikut undang-undang Syarikat Sdn Bhd diiktiraf tanggungjawab seperti seorang manusia. Syarikat perlu membayar cukai pendapatan yang berasingan. Jika syarikat bankrup, anda tidak akan terlibat. Ahli minima dalam syarikat Sdn Bhd adalah 2 dan maksimum adalah 50. Oleh kerana sifat-sifat seperti ini, kos terendah yang saya tahu adalah dalam RM 1300-2000 untuk pendaftaran syarikat jenis ini.

 

Syarikat Berhad lebih kurang sama dengan Sdn Bhd kecuali jika anda ingin menambah ahli syarikat lebih dari 50 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua jenis syarikat Sdn Bhd dan Berhad anda boleh lawati http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendaftaran_syarikat_di_Malaysia .

Persoalannya , perniagaan jenis apa yang anda perlu daftarkan ? Pemilikan tunggal, perkongsian, Sdn Bhd, Bhd ? Nasihat saya bagi peniaga jenis seperti saya (tiada duit dan tiada pengalaman) daftarlah pemilikan tunggal atau perkongsian , jika anda ada rakan kongsi. Selain murah, urusan pemilikan tunggal sangat mudah. Anda adalah syarikat dan syarikat adalah anda.

 

3. Akaun Semasa
Akaun semasa adalah satu lagi proses yang penting dalam penubuhan syarikat. Pembayaran projek anda memerlukan nama syarikat dan cek yang diberikan perlu dimasukkan ke dalam bank untuk menerima pembayaran anda. Proses pendaftaran akaun semasa tidak semudah pendaftaran akaun simpanan, anda secara kasarnya memerlukan

 

  • Introducer (syarikat lain yang sudah mempunyai akaun di bank tersebut , memperkenalkan syarikat anda kepada bank)
  • Deposit Awal (berbeza antara bank , dalam lingkungan RM 500 - 2000 .
  • Cop syarikat

 

Mengikut pengalaman bank yang saya tahu

  • Maybank - Introducer (wajib), Deposit awal (RM 2000)
  • CIMB - Introducer (wajib), Deposit awal (RM 1000)
  • Ambank - Introducer (wajib, jika tiada pengurus bank boleh meluluskan ), Deposit awal (RM 500)

Kesemua bank di atas menawarkan online banking untuk memudahkan proses transaksi. Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas dan mempunyai modal yang agak besar, saya sarankan mendaftar di Maybank oleh kerana liputan transaksi pengguna online yang besar. Jadi mudah untuk anda menghantar atau menerima duit. Perpindahan duit antara bank memerlukan kos RM 2. Pilih sebaiknya. Deposit awal boleh dikeluarkan setelah proses pendaftaran selesai (lebih kurang 2 minggu bagi Maybank) .

 

Selepas pendaftaran anda akan diberikan satu buku cek yang mungkin jarang digunakan jika anda menggunakan online banking. Proses pendaftaran online banking adalah berasingan dengan pendaftaran akaun semasa. Jadi proses-proses ini bagi saya memang leceh dan memakan masa. Cuba bayangkan anda perlu menyelesaikan semua ini dengan projek perlu dihantar dalam masa sebulan. Jika perkara ini semua sudah diselesaikan sebelum anda berhenti kerja dan bermula untuk berniaga. Syarikat Sdn Bhd kebiasaanya tidak dibekalkan dengan online bankin atau dibekalkan dengan kos yang agak tinggi.

 

Jadi dengan 3 perkara di atas, anda sudah boleh mula berniaga dengan lebih tenang dan tersusun.

 

 

 

deposit awal

hello bro,
nih kalau saya nak register account company dengan maybank,
kalau deposit rm2000 bleh ke kuarkan balik duit tuh ?
atau kene ade minima bla bla bla macam personal account kene wajib ada rm10 didalamnya ?

dia boleh keluar selepas tu.

lepas masuk dah boleh keluar balik duit rm 2k tu. lepas 2 minggu kot.

hello, just nak tambah

hello,

just nak tambah sikit....kalau anda tubuh pemilikan tunggal atau perkongsian, risiko adalah lagi besar misalnya jika ada pelanggan anda menyaman anda, harta-harta anda seperti rumah dan kereta akan menjadi mangsa jika company anda tidak dapat menanggung amaun yang disaman dan anda sekali akan diisytihar bankrup kerana ianya bukan liabiliti berasingan manakala jika menubuhkan syarikat, yang bankrup hanyalah syarikat anda dan anda belum lagi bankrup dan jika disaman,mereka tidak boleh menyentuh harta peribadi anda....hanya harta syarikat anda akan diambil untuk settlekan saman.tq

PERTANYAAN

Salam sejahtera en,
saya ingin bertanya, saya bercadang mendaftarkan perniagaan dimana nama saya dan isteri sebagai pemilik. Boleh ke kami membuat pinjaman bank untuk perniagaan jika nama saya sudah di blacklistkan oleh bank sebelum ini?harap dapat beri pandangan. Tq

introducer

boleh x sy buka akaun syarikat tanpa introducer...

Dari segi teori boleh tanpa introducer

Saya dapat buat di ambank sahaja. Kecuali bank manager benarkan, awak boleh register tanpa introducer. Nasihat saya, better cari introducer lagi senang.

sykt sdn bhd

adakah kita kena melalui agensi atau terus kpd ssm untuk pendaftaran sykt sdn bhd. tolong beri nama agensi yang boleh buat tugas tu

tolong...

assalamualaikum...
leh x tolong kwn dapatkam maklumat dibawah:
1 - nak buka akaun syarikat(pendahuluan)
1.1: enterprise
1.2: sdn. bhd.

2 - mana lebih baik antara pemilikan tunggal @pun perkongsian?

3 - kalau perkongsian, macam mane nak tau sape ketua @pun pengarah syarikat?

harap leh tlg kawan2 k..kawan ni baru nak open sykt, urusan kat ssm kwn leh setelkan, cume sal buka akaun sykt je kwn cam blur sikit.

akademi

macamner kalau seseorang nak menubuhkan akademi?
adakah ia perlu melalui prosedur yang sama seperti menubuhkan syarikat dan tertakluk di bawah akta perniagaan?

nak tanya...

salam..nak tanya..kalau saya nk join nama dalam syarikat yg dah ada bleyh ke?masalah sekarang family saya da daftar syarikat guna nama mak ngan abg berdua je,daftar enterprise je..kalau nk tambah nama saya,jadinya 3org nama dlam satu syarikat bleyh ke???..adakah dia tetap enterprise atau sebagainye?tq.

Penukaran dari Pemilik Tunggal/Perkongsian kepada sdn bhd

Saya jyst nak tnya, boleh ke status syarikat kita boleh diupgrade. Cth, dari perkongsian kepada Berhad ke. Thanks

Health insurance employers

How are you. Above all things, never be afraid. The enemy who forces you to retreat is himself afraid of you at that very moment. Help me! Can not find sites on the: Health insurance employers. I found only this - private health insurance quote. He has instead received against manning premiums of that government and against allowing more binding health insurance costs that lack unemployed blog policyholders, health insurance. Health insurance, in the crises, the treatment of clear patient and malady radicalized immediately because of high pressure. With respect :mad:, Maria from Gabon.

hi salam..

hi u all,i nk open current account cimb bank tp smpai skg introducer current acc cimb bank ssh nk cari la..sape2 kt cni ader current cimb bank pls msj me..0126555792..tq a lot..

MEMSERIZE CORPORATE SERVICES

Kami menyediakan perkhidmatan co. sec, formation of company,acctg, auditing,
juga yg berkaitan dgn agensi2 kerajaan..
sila hubungi untuk keterangan lanjut:

Suziana 014-2620951
mcs_my@hotmail.com; mesmerizecorporateservices@gmail.com

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.