.

Meningkatkan Produktiviti

Tags:

Saya seorang yang menyokong apa-apa yang boleh meningkatkan produktiviti seorang pengaturcara. Setelah membaca banyak artikel di internet tentang "dual monitor setup" akan meningkatkan produktiviti. Pada hari Isnin yang lepas saya telah menerima satu monitor 22 inci dari Dell dan telah mengubah laptop saya untuk menyokong dual monitor. Kita akan lihat adakah peningkatan produktiviti yang ketara setelah saya menggunakan dual monitor ini. Apa yang pasti saya sangat gembira apabila Eclipse editor saya dapat digunakan secara maksimum. Untuk tatapan semua, saya selitkan beberapa gambar untuk dinikmati bersama.

 

 

 

Eclipse

 

* update

baru 1 jam saya menggunakan dual monitor setup, saya menyarankan anda menggunakan Oscar Multi-Monitor Taskbar , perisian ini membolehkan anda mempunyai task bar di monitor tersebut. Ia juga menambah satu ikon di hujung windows untuk membolehkan anda menukar aplikasi di monitor yang lain. 

subject yg best

bleach eh?
sure ka productivity yg naik nih?

-zam

1 hari dah rasa efek ;)

1 hari dah rasa efek. Bleach tu tak sempat tengok abis pun, filler.

hehehe betul2 best nih

Betul betul best layan. Feel gile buat kerja hahaha

produktiviti

target hujung bulan ni, budak2 lain dapat sorang satu :))

setup 2 monitor

Salam kenal,

Saya pengguna laptop, baru dpt monitor kedua utk "meningkatkan produktiviti" juga, dptkn idea pun dr blog saudara, cuma nk setup window baru pd monitor yg baru tu kurang faham sgt la, boleh saudara jelaskan langkah2 dgn teliti..

TQ

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.