Projek Menaik Taraf AistDalam blog2 yang lalu, bos saya telah banyak menyentuh tentang ciri2 programmer yang berjaya(programatik) dan ciri2 syarikat yang berjaya. Seterusnya, kami sebagai warga AIST menyahut seruan ini dengan hati yang terbuka.
Disamping mengemaskini teknik pemikiran kami, Office AIST juga mengalami perubahan yang besar, bermotifkan "Egronomics Office" kami telah membuat beberapa pengubahsuaian dan penambahan yang agak drastik.
Module Peti-Ais Aist
Sangat Egronomic, menyediakan bekalan air isotonik tanpa had kepada programmer, staff dan pelanggan. Setakat ini mampun memuatkan lebih 48 tin air ISOMAX.
Module Pencetakkan AIST. Kerana kami mengalami masalah dalam pencetakkan, terutama dalam pencetakan sijil kursus, tindakan telah diambil untuk membeli satu super printer yang mana boleh mencetak apa sahaja.
dibelakang adalah salimi, kita dapat lihat, printer ini lebih kecil dari mesin basuh tetapi lebih besar daripada manusia. specs printer akan saya sertakan dalam blog seterusnya, kerana kami masih lagi mengkaji potensi module ini ke tahap yang maksima.
Module Jajan Aist Kajian mendapati, 90% programmer memilih untuk mengunyah sewaktu berada di hadapan komputer. Sehubungan itu, tindakan yang di ambil adalah mewujudkan ruang jajan serba ringkas (ala kedai runcit) namun masih mampu membekalkan bahan kunyah kepada progrmmer.
Pengubahsuaian yang dibuat, sistem takungan air telah ditambah dan kini, staf tidak perlu lagi keluar mengambil air dari water cooler, Menjimatkan masa. Pek Bancuhan 3 in 1 juga telah diperkenalkan, antaranya adalah nescafe dan teh tarik. Namun kami mendapat aduan dari john(staf aist) bahawa air teh tarik mampu memudaratkan perut beliau.
Kapasiti Maksima : Setakat ini, 60 bungkus Mamme Monster, Setin Biskut kering, 30 bungkus muruku cap baby dan lain2.. ade la dalam 4-5 kilo.
Module Wireless Phone Pernah beberapa kali Salimi (Staf AIST) tersungkur akibat tersangkut wayar, dan kerap kali, wayar tersimpul kerana perkongsian telepon yang tidak teratur di dalam pejabat kami. dengan wujudnya module Wireless phone ini, kami telah berjaya mengatasi semua masalah tersebut dan tanpa disangka, telepon ini lebih banyak membantu.
kerana had maksima jarak dari terminal tidak disertakan didalam buku panduan, kami mengambil keputusan untuk membuat eksperimen sendiri. Antara pejabat kami dan tempat letak kereta, jaraknya dalam lingkungan...150m, namun telpon ini masih dapat memberikan kualiti isyarat yang jelas dan kami amat teruja.
Merujuk kepada keputusan eksperimen diatas, kesimpulan yang dibuat adalah, jika staf aist sedang sibuk berbual dengan pelanggan dan tiba-tiba mahu ke tandas, telepon ini boleh dibawa tanpa sebarang ganguan pada talian, ini amat fleksible dan effektif.
Eksperiment seterusnya mungkin menglibatkan jarak yang lebih jauh. (sampai restoran ikan bakar malim [tempat lunch kami])
Terdapat banyak lagi module2 menarik yang mahu saya sampaikan, namun, kami amat sibuk dengan tugasan masing-masing dan jika ada masa lapang, sy akan menambah lagi kandungan blog di aist.
Sekian, Terima kasih. |
Blog CategoriesWe SupportNavigationUser login |

>
>
>
>
>
waa canggih tu
aku amat tertarik pada Module Wireless Phone
kat opis aku kadang kala amat payah nak betulkan komputer
dengan telefon fix line
idea yang menarik :D
mcm kenal je budak ni..
loncat punya loncat dr blog kawa tercampak sini...skalik tgk..ek ehh!!
mcm kenal jer budak salimi tu...haaaaaa...ex-stud cosmopoint JB kan kan kan!
Post new comment