Satu lagi event dari AIST - VIP ( Very Important Programmer ) Part 1Salam Sejahtera dan sari berita penting...
Berakhir sudah kejadian yang meragut masa tidurku bermula dari 22hb ogos hingga 24hb Ogos 2008. Satu event yang boleh dikatakan 'grand' (untuk diriku sahaja) boleh dikatakan menyaingi apa yang berlaku dipermatang pauh. Segala persiapan yang mengambil masa sebulan dan idea event ini dipelopori oleh Tuan Opis AIST - En. Amran serta disokong oleh Encik Kontroversi En Shufaad daripada tuan tanah inkubator ini. Segala pengekstrakan idea dilakukan pada awal bulan tujuh dan ditafsirkan oleh tukang tilik (Helmi the Man) untuk mengagihkan segala jawatan dan tugas kepada orang lain.
En. Salimi memangku jawatan pereka grafik serta pembantu peribadi En. Helmi ( I`m the man) telah bertungkus lumus untuk mencernakan idea yang telah terpendam walaupun datang dari orang lain. Kebijaksanaan yang terlampau hingga menganggu kehidupan pribadi dan prilaku sosial en. Salimi telah banyak membuahkan hasil melalui rekaannya yang sungguh menakjubkan seperti Mug (Cawan kepada sesiapa yang tak tahu), Poster, Bunting (bukan orang mengandong), Banner, Baju dan segala yang berkaitan dengan penggunaan grafik.
Seperti yang dijangkakan... En. Tan telah terpilih sebagai ejen pencetakan kami. (Aiyoo... nie susah wOoOoO). Walaupun berlaku sedikit songsangan idea dan penyelesetan kos yang dibincang dan yang dipersetujui. En. Tan telah juga menyiapkan kerja yang amat memberangsangkan (Bukan yang terangsang).
'Whiteboard' dipejabat kami juga memainkan peranan yang penting dalam 'event' kami. Segala coretan kisah silam dan kisah akan datang dilakukan diatas 'whiteboard' ini. Amat hebat sekali dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada en. 'Whiteboard'. Ini kerana segala apa yang dirancang dan apa yang telah dibuat serta apa yang perlu dilakukan dan perlakuan yang telah dilakukan serta terakhir sekali informasi - informasi terkini telah diwarkahkan diatas pemuka 'whiteboard' ini. Saya amat terharu kerana beliau juga sanggup digunakan sebagai skrin pertandingan wii SeOpis yang rankingnya telah diungguli oleh Boss ( En. Amran ) serta The Man ( Helmi ).
Apabila semua ini sudah dirancang dengan persis skali. En. John (Pojie) telah menyetelkan segala apa yang perlu pada laman web. 'Retro Style' serta 'Water Color Brush' pada login telah dipilih oleh pereka website nie. Konsep 'Old School' dikacukkan penggunaan seni grafik moden telah menonjolkan sedikit sahaja dapat dipersembahkan. Tahniah En. Pojie atas kriteria pemilihan anda.
Apabila hampir seminggu lagi 'event' akan diadakan, kemunculan 'The Man Mobile' telah membantu masalah pengangkutan yang sering kali menjadi masalah. Dengan hanya 400 kuasa badak air, 'The Man Mobile' mampu mengatasi segala rintangan yang ada. Tugas 'The Man Mobile pada hari pertama menjalankan tugas ialah membeli 'extension wire' yang menggunung dan lautan JAJAN serta sumber air berkarbonat. Ia turut membawa kami (the Man & Salimi) ke coconut shake di pulau gadong. Antara lokasi persinggahan dan perjalanan the man mobile pada hari pertama ialah Jaya Jusco-Cowboy-Coconut Shake-Tesco-Jaya Jusco-Opis. Pada Hari kedua dan ketiga tugas 'the man mobile' dilakukan, Sebanyak 100 kerusi dan 36 buah meja bersamaan dengan 1 tan berjaya dipindahkan pada kedua dua hari tersebut. Tahniah 'The Man Mobile'.
Cerita selanjutnya akan bersambung pada bahagian dua. TungguUu........
|
Blog CategoriesWe SupportNavigationUser login |

>
>
>
>
>
Post new comment