Slaid untuk ceramah di UTeMCeramah saya di UTeM berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang berjaya bertahan untuk mendengar celoteh saya hingga ke akhir. Ceramah saya yang bermula pada jam 11 pagi dan habis pada jam 12.00 tengah hari bertajuk "Pengaturcara Pragmatik". Selepas itu mereka mengadakan kuiz pengaturcaraan dan AIST sempat mencelah untuk menaja cawan (imej PHP) dan juga beg (training.net.my) untuk kuiz tersebut. Jam 1.30 petang, mereka mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang "The Code" berupa wang tunai sehingga RM 700. Tahniah kepada UTeM kerana berjaya menganjurkan program yang mempu menjana pengaturcara yang pragmatik. Kepada sesiapa yang ingin memindah turun slaid "Pengaturcara Pragamatik" bolehlah pindah turun di bawah.
|
Blog CategoriesWe SupportUser login |

>
>
>
>
>
>
Good
Good effort
Post new comment