BusinessCari satu masalah anda. Cari penyelesaian. Cari ramai orang yang mempunyai masalah yang sama. Sekarang anda sudah ada bisnes untuk dimulakan . Apakah elemen untuk syarikat yang berjaya ? Jika anda lihat syarikat-syarikat yang berjaya, mereka mempunyai ciri-ciri yang sama. Sequoia Capital merupakan syarikat venture capital (VC) yang berjaya melahirkan banyak syarikat-syarikat yang berjaya. Mereka telah berkongsi apakah ciri-ciri yang mereka ingin lihat dan ingin melabur di dalam syarikat tersebut. Antaranya ialah:
Bukan semuanya tepat bagi saya, tetapi dengan pengalaman yang mereka ada, ciri-ciri ini mungkin tepat dan AIST perlu mempunyai ciri-ciri ini untuk menjadi syarikat yang berjaya. Untuk membaca lebih lanjut tentang ciri-ciri tersebut anda boleh pergi ke halaman ini.
Setelah sekian lama tertunggak untuk mengumumkan pemenang peraduan yang telah saya jalankan pada bulan September 2007, akhirnya saya berkesempatan untuk mengumumkan pemenang buku ini. Pemenang tersebut telah menulis "Saya lebih layak memiliki buku "The Four Steps to the Ephiphany" itu
Ahmad Farihan Bin Azman (http://ahmadfarihan.blogspot.com) dari Selangor telah memberikan alamat rumah beliau sebelum ini dan pada hari ini, saya telah memproses penghantaran buku tersebut. Minta maaf sekiranya buku yang dijanjikan lambat dihantar. Tahniah sekali lagi kepada Farihan. Paul Graham merumuskan bahawa untuk memulakan bisnes dalam web menjadi semakin murah. Perkakasan sudah menjadi barang-barang komoditi yang dahulunya bernilai beribu-ribu ringgit. Saya juga mempunyai pendapat yang sama, untuk memulakan bisnes di dalam web sudah menjadi semakin murah dan perkara ini sudah semakin hampir berlaku di Malaysia.
Anda boleh membacanya di artikel tersebut di sini . Apple (US) baru-baru ini telah melancarkan iPhone yang berharga 599 USD ( +- RM 2000 ) dan tidak sampai 2 bulan, mereka menurunkan harga sebanyak USD 200 (+- RM 750 ) dan telah mengecewakan semua pelanggan mereka yang baru sahaja melihat nilai henfon mereka menurun hampir 40% . Apple bertindak cepat dengan menawarkan kepada pelanggan lama mereka voucher 100 USD untuk mereka membeli apa-apa barang di kedai/online Apple.
Rugi bagi anda ? bagi saya ini akan menambahkan penyokong-penyokong Apple yang memang fanatik akan terus menyanjungi mereka. Tahniah Apple. Jangkaan untuk telefon ini sampai ke Malaysia adalah awal tahun depan. Dengan harga menghampir RM 1400 untuk telefon 8GB cakera keras merupakan telefon pintar alternatif yang baik dan menambah satu lagi persaingan yang sihat dan standard yang baru bagi dunia telekomunikasi.
Terima kasih kepada pengunjung blog yang sudah menghantar slogan untuk memenangi sebuah buku "The Steps for Ephipany" . Tetapi anda perlu membalasnya di kiriman ini dan bukan mengemel kepada saya. Tarikh tutup adalah sebulan dari sekarang 9/10/2007. Untuk beberapa tips bagi menamakan syarikat anda dari artikel Memulakan Bisnes - Penubuhan Syarikat ada satu artikel yang mungkin anda boleh mendapatkan idea bagaimana untuk menamakan syarikat anda. Anda boleh bacanya di sini. Dari artikel Saya akan menulis tentang langkah ketiga dalam memulakan bisnes iaitu infrastruktur. Apakah definisi infrastruktur ? Infrakstruktur dalam bisnes yang saya akan ulas adalah
Talian internet adalah aset penting dalam Laptop Ofis, jika anda selalu berkelana anda boleh mencari WIFI sebagai talian internet anda. Jika sukar mendapatkan WIFI ditempat anda, anda perlu mencari alternatif, GPRS, 3G adalah satu pilihan jika kawasan anda menyokong sambungan ini. Dengan bayaran GPRS/3G Unlimited yang semakin murah saya rasa tiada sebab untuk tidak menggunakan cara ini. Cara yang paling biasa adalah anda duduk di rumah dan menggunakan ADSL sebagai sambungan utama internet anda. Ini adalah satu cara kos efektif dan semua perkara di atas sepatutnya sudah wujud sebelum anda berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Laptop pertama saya adalah satu laptop terpakai jenama Prestigio yang dibeli dari rakan.
Laptop ketiga Dell XPS M1210
Biasanya ofis pertama ini akan menggunakan masa idel anda untuk mencari lokasi yang sesuai. Jadi kebiasaannya anda akan mencari ofis yang dekat dengan rumah , yang murah dan kalau boleh sudah mempunyai talian internet sebelum anda masuk ke ofis. Kadang-kadang anda boleh juga menggunakan apartment lain sebagai ofis anda kerana harga sewa apartment lebih murah di kawasan-kawasan bandar besar. Ofis pertama saya adalah di Inkubator K-Ekonomi Melaka (masih lagi di sini, cuma berpindah ke kawasan lebih besar) . Dengan sewa yang berpatutan RM 400++ (200 sqft) + mempunyai WIFI percuma + Elektrik percuma. Saya bermula dengan 2 orang dalam ofis ini. Perabut pertama yang saya beli adalah meja IKEA berharga RM 120 dan juga kerusi murah juga berharga RM 120.
Ofis Pertama
Antara kesilapan pertama saya dalam membeli perabut adalah kerusi murah RM 120. Dalam masa 6 bulan, anda akan terasa bunyi-bunyian kerusi merupakan "features" yang dibekalkan bersama kerusi. Jika anda mampu, beli kerusi yang selesa sebab anda akan duduk dalam waktu yang lama di atasnya. Jika tidak, cuba cari kedai barang terpakai yang anda mungkin dapat mencari kerusi yang baik dan murah. Murah < 100. Saya telah membeli kerusi yang agak baik di IKEA dengan harga RM 320. Mahal, tetapi berbaloi.
Mungkin anda ada terbaca untuk berjimat bagi barangan ofis anda. Gunakan semua barangan terpakai, buat ofis di garaj (Malaysia tiada garaj biasanya) . Bagi saya, untuk perabut ofis, saya gunakan bajet kurang dari RM 1000. Saya berpendapat, ofis sepatutnya adalah satu tempat yang anda sepatutnya selesa untuk diduduki dan bukan anda perlu terseksa didalamnya. Rancang bajet anda dan jadikan ofis anda tempat yang selesa untuk anda duduk, oleh kerana untuk peringkat awal, anda mungkin akan duduk di dalamnya untuk masa yang lama . Cuba cari di kawasan anda, tempat-tempat inkubator yang memberikan anda diskaun untuk peniaga-peniaga IT yang baru bermula. Ada banyak kebaikan jika anda menyewa di sini, antaranya adalah peluang berinteraksi dengan rakan-rakan IT anda dikawasan yang sama. Ini akan menambahkan jaringan perniagaan anda dan baik untuk perniagaan anda. Yang kedua, pihak kerajaan biasanya akan menumpukan usaha mereka di kawasan seperti inkubator untuk memberikan pinjaman, geran perniagaan dan anda akan menjadi orang yang pertama tahu jika ada bantuan seperti ini. Jika tidak, anda boleh berpindah ke Melaka untuk berbisnes bersama kami ;). Ada juga rakan saya yang berkongsi ofis dengan syarikat lain. Ini adalah alternatif yang baik jika anda duduk di bandar besar dan ada ofis yang menyewakan ruangan pejabat mereka untuk menjimatkan kos.
Telefon / Internet
Perkakasan Pengimbas adalah alatan yang kedua saya beli bersama pencetak kerana pengimbas boleh berfungsi seperti mesin fotostat, imbas dan cetak di pencetak. Sekarang sudah ada pencetak, pengimbas dan mesin faks disatukan dan mungkin boleh menjadi perkakasan pertama anda. Saya tiada pengalaman tentang ini, tapi mungkin sesiapa boleh memberikan nasihat tentang perkakasan ini.
Kad Nama
Halaman web
Perisian
Dari artikel pertama ( Memulakan Bisnes - Modal ), saya akan meneruskan artikel yang kedua berkenaan penubuhan syarikat. Waktu bilakah sesuai untuk anda menubuhkan syarikat ?
Bisnes adalah berbeza dengan peringkat pertama iaitu mengumpulkan modal. Apabila anda dalam peringkat mengumpulkan modal, anda masih mempunyai pelapik iaitu kerja tetap anda. Apa-apa urusan pemasaran, penghantaran, mesyuarat semuanya ditanggung oleh kerja tetap anda. Pada waktu lapang, anda boleh melaksanakan projek anda. Apabila anda memulakan bisnes, semua pemasaran, penghantaran, mesyuarat ditanggung oleh anda sendiri. Masa ini dipanggil masa idel (tidak bergerak) dan dalam konsep idel, anda tidak menjana pendapatan ketika anda memasar, menghantar, bermesyuarat. Cuba bayangkan anda memasarkan servis anda selama sebulan, jika tiada klien tiada pelapik selain dari modal yang anda kumpulkan pada peringkat pertama.
Apa yang saya ingin terangkan ialah, semasa anda berhenti kerja, semua masa idel hendaklah dikurangkan. Anda sudah menubuhkan syarikat, membuat akaun bank, membuat halaman web anda dan dalam masa bekerja sekarang anda sudah memasarkan servis, produk anda. Saya menasihatkan anda mengurangkan semua masa idel adalah kerana projek pertama anda, klien kebiasaanya akan meminta akaun syarikat untuk dibayar cek. Menyebabkan anda kelam kabut untuk menyiapkan projek anda, mendaftarkan syarikat anda, mendaftar akaun semasa di bank. Semuanya perlu dibuat dalam masa yang serentak.
1. Pemilihan Nama Syarikat
Telekom Malaysia -> TM
Jika anda ingin untuk menggunakan nama yang anda gemari tambahkan hujungnya dengan penerangan syarikat. Amran Software , Ainee Business Consultant. Contoh yang terbaik, Virgin Music , Virgin Atlantic. Satu ayat catchy, satu penerangan bisnes anda. Cuba senaraikan nama-nama yang anda inginkan dan buat pilihan. Cuba lihat beberapa rujukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk panduan pemilihan nama.
2. Pendaftaran Perniagaan
Ada jenis lain yang saya tidak sentuh , iaitu koperasi. Kepada yang belum tahu saya terangkan serba sedikit . Pemilikan tunggal dan Perkongsian merupakan konsep perniagaan yang paling mudah. Dengan kos serendah RM 30 anda sudah boleh mendaftarkan perniagaan anda. Satu tempat sahaja yang perlu didaftarkan iaitu SSM. Kebiasaannya syarikat adalah anda dan anda adalah syarikat. Jika anda bangkrup, syarikat bangkrup, jika perniagaan anda membayar cukai pendapatan, anda tidak perlu lagi membayarnya. Anda boleh menggunakan alamat rumah untuk pendaftaran syarikat pemilikan tunggal / perkongsian.
Untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd, pendaftaran agak kompleks berbanding dengan pemilikan tunggal. Mengikut undang-undang Syarikat Sdn Bhd diiktiraf tanggungjawab seperti seorang manusia. Syarikat perlu membayar cukai pendapatan yang berasingan. Jika syarikat bankrup, anda tidak akan terlibat. Ahli minima dalam syarikat Sdn Bhd adalah 2 dan maksimum adalah 50. Oleh kerana sifat-sifat seperti ini, kos terendah yang saya tahu adalah dalam RM 1300-2000 untuk pendaftaran syarikat jenis ini.
Syarikat Berhad lebih kurang sama dengan Sdn Bhd kecuali jika anda ingin menambah ahli syarikat lebih dari 50 orang. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua jenis syarikat Sdn Bhd dan Berhad anda boleh lawati http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendaftaran_syarikat_di_Malaysia . Persoalannya , perniagaan jenis apa yang anda perlu daftarkan ? Pemilikan tunggal, perkongsian, Sdn Bhd, Bhd ? Nasihat saya bagi peniaga jenis seperti saya (tiada duit dan tiada pengalaman) daftarlah pemilikan tunggal atau perkongsian , jika anda ada rakan kongsi. Selain murah, urusan pemilikan tunggal sangat mudah. Anda adalah syarikat dan syarikat adalah anda.
3. Akaun Semasa
Mengikut pengalaman bank yang saya tahu
Kesemua bank di atas menawarkan online banking untuk memudahkan proses transaksi. Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas dan mempunyai modal yang agak besar, saya sarankan mendaftar di Maybank oleh kerana liputan transaksi pengguna online yang besar. Jadi mudah untuk anda menghantar atau menerima duit. Perpindahan duit antara bank memerlukan kos RM 2. Pilih sebaiknya. Deposit awal boleh dikeluarkan setelah proses pendaftaran selesai (lebih kurang 2 minggu bagi Maybank) .
Selepas pendaftaran anda akan diberikan satu buku cek yang mungkin jarang digunakan jika anda menggunakan online banking. Proses pendaftaran online banking adalah berasingan dengan pendaftaran akaun semasa. Jadi proses-proses ini bagi saya memang leceh dan memakan masa. Cuba bayangkan anda perlu menyelesaikan semua ini dengan projek perlu dihantar dalam masa sebulan. Jika perkara ini semua sudah diselesaikan sebelum anda berhenti kerja dan bermula untuk berniaga. Syarikat Sdn Bhd kebiasaanya tidak dibekalkan dengan online bankin atau dibekalkan dengan kos yang agak tinggi.
Jadi dengan 3 perkara di atas, anda sudah boleh mula berniaga dengan lebih tenang dan tersusun.
Ada orang mengatakan, apabila saya ada satu epal dan anda ada satu epal, apabila anda berikan satu epal kepada saya dan kita bertukar epal, anda masih ada satu epal dan saya ada satu epal. Tetapi apabila saya berikan anda satu ilmu dan anda berikan saya satu ilmu, saya ada dua ilmu, anda ada dua ilmu. Jadi dengan idea ini saya ingin berkongsi, bagaimana untuk memulakan perniagaan. Dari segi konsep saya bukanlah pakar, saya belum lagi berjaya seperti usahawan yang lain. Tetapi saya ingin berkongsi perjalanan, kesilapan yang saya lalui untuk dijadikan iktibar oleh orang lain. Kebanyakan orang akan bertanya saya, macam mana saya kumpul modal untuk memulakan perniagaan. Di sini saya ingin berkongsi cara-cara yang anda boleh mulakan untuk memulakan perniagaan anda. Ada pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan. 1. Projek
2. Konsultasi
3. Latihan
4. Pinjaman / Kredit Kad Saya tidak mencadangkan anda membuat pinjaman dari ahli keluarga jika anda tidak yakin anda boleh membayarnya pada masa yang dijanjikan. Isu duit adalah sensitif walaupun anda adalah saudara.
5. Geran
6. Perkongsian
Apa yang dibincangkan di sini kebanyakannya cara awal sebelum anda memulakan perniagaan. Kebanyakannya memerlukan duit awal. Satu lagi faktor umur dan risiko juga memainkan peranan untuk anda memulakan perniagaan. Jika anda tiada tanggungan , kereta, rumah, anak, isteri. Peratus untuk anda memulakan perniagaan adalah lebih tinggi kerana risiko yang anda tanggung adalah rendah. Kebanyakan pelajar lepasan universiti adalah calon yang sesuai untuk memulakan perniagaan. Tiada hutang perlu kecuali pinjaman pelajaran. Anda boleh jatuh dan bangun lebih banyak sebelum berjaya lebih awal. Untuk orang yang lebih tinggi umurnya dan juga berumah tangga mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jika isteri anda bekerja, anda boleh menggunakan isteri anda sebagai pelapik jika modal yang anda kumpul dari perkara 1-6 sudah habis. Anda boleh gunakan perkara 5 (geran) untuk mendapatkan modal. Faktor umur juga memungkinkan pengalaman anda meyakinkan jawatan kuasa geran tersebut memilih anda.
Tahukah anda berapakah harga satu emel ? RM 4390
sebut harga pertama dari vendor kepada syarikat saya.
sebut harga kedua sudah berkurang sebanyak RM 4390. Produk yang sama, harga yang berbeza kerana 1 emel.
Perkara ini juga berlaku kepada kad kredit saya, sepatutnya saya akan di caj RM 90 / setahun untuk yuran langganan kad kredit saya. Apa yang perlu saya lakukan ialah satu panggilan ke pusat sokongan pelanggan dan tiada caj untuk kad kredit anda setiap tahun. Begitu mudah. Harga satu panggilan telefon ? RM 90 |

