Misc, PHP, News, Open Source, Mobile, Offline, Business, Linux, Testing, Alternative, Workspace, Talk, Books, Start Up, Travel, Internet, Startup, Customer Service, Virtualization, Pengaturcara Pragmatik, Pragmatic Programmer, AIST, Family Day, Magazine, Bisnes, Web, project, praktikal, firefox, life style, computer, wireless, hotspot, Web Design Malaysia, SEO, Programming Contest, VIP, Very Important Programmer, Busby SEO Challenge, UTEM, Contest, Sofware DevelopmentVideo sedang ditukarkan kepada format video tetapi belum mendapat tempat dimana ingin di siarkan. Di bawah adalah 3 dari 4 slaid yang dibentangkan pada hari tersebut. Mike Reining - The MindValley Way: Agile Entrepreneurship Sumardi Shukor - Gears : Takes Online Applications, Offline Fakhrur Hizam Mohd - Finishing your FYP ni record time using CakePHP Salam Sejahtera dan sari berita penting...
Berakhir sudah kejadian yang meragut masa tidurku bermula dari 22hb ogos hingga 24hb Ogos 2008. Satu event yang boleh dikatakan 'grand' (untuk diriku sahaja) boleh dikatakan menyaingi apa yang berlaku dipermatang pauh. Segala persiapan yang mengambil masa sebulan dan idea event ini dipelopori oleh Tuan Opis AIST - En. Amran serta disokong oleh Encik Kontroversi En Shufaad daripada tuan tanah inkubator ini. Segala pengekstrakan idea dilakukan pada awal bulan tujuh dan ditafsirkan oleh tukang tilik (Helmi the Man) untuk mengagihkan segala jawatan dan tugas kepada orang lain.
En. Salimi memangku jawatan pereka grafik serta pembantu peribadi En. Helmi ( I`m the man) telah bertungkus lumus untuk mencernakan idea yang telah terpendam walaupun datang dari orang lain. Kebijaksanaan yang terlampau hingga menganggu kehidupan pribadi dan prilaku sosial en. Salimi telah banyak membuahkan hasil melalui rekaannya yang sungguh menakjubkan seperti Mug (Cawan kepada sesiapa yang tak tahu), Poster, Bunting (bukan orang mengandong), Banner, Baju dan segala yang berkaitan dengan penggunaan grafik.
Seperti yang dijangkakan... En. Tan telah terpilih sebagai ejen pencetakan kami. (Aiyoo... nie susah wOoOoO). Walaupun berlaku sedikit songsangan idea dan penyelesetan kos yang dibincang dan yang dipersetujui. En. Tan telah juga menyiapkan kerja yang amat memberangsangkan (Bukan yang terangsang).
'Whiteboard' dipejabat kami juga memainkan peranan yang penting dalam 'event' kami. Segala coretan kisah silam dan kisah akan datang dilakukan diatas 'whiteboard' ini. Amat hebat sekali dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada en. 'Whiteboard'. Ini kerana segala apa yang dirancang dan apa yang telah dibuat serta apa yang perlu dilakukan dan perlakuan yang telah dilakukan serta terakhir sekali informasi - informasi terkini telah diwarkahkan diatas pemuka 'whiteboard' ini. Saya amat terharu kerana beliau juga sanggup digunakan sebagai skrin pertandingan wii SeOpis yang rankingnya telah diungguli oleh Boss ( En. Amran ) serta The Man ( Helmi ).
Apabila semua ini sudah dirancang dengan persis skali. En. John (Pojie) telah menyetelkan segala apa yang perlu pada laman web. 'Retro Style' serta 'Water Color Brush' pada login telah dipilih oleh pereka website nie. Konsep 'Old School' dikacukkan penggunaan seni grafik moden telah menonjolkan sedikit sahaja dapat dipersembahkan. Tahniah En. Pojie atas kriteria pemilihan anda.
Apabila hampir seminggu lagi 'event' akan diadakan, kemunculan 'The Man Mobile' telah membantu masalah pengangkutan yang sering kali menjadi masalah. Dengan hanya 400 kuasa badak air, 'The Man Mobile' mampu mengatasi segala rintangan yang ada. Tugas 'The Man Mobile pada hari pertama menjalankan tugas ialah membeli 'extension wire' yang menggunung dan lautan JAJAN serta sumber air berkarbonat. Ia turut membawa kami (the Man & Salimi) ke coconut shake di pulau gadong. Antara lokasi persinggahan dan perjalanan the man mobile pada hari pertama ialah Jaya Jusco-Cowboy-Coconut Shake-Tesco-Jaya Jusco-Opis. Pada Hari kedua dan ketiga tugas 'the man mobile' dilakukan, Sebanyak 100 kerusi dan 36 buah meja bersamaan dengan 1 tan berjaya dipindahkan pada kedua dua hari tersebut. Tahniah 'The Man Mobile'.
Cerita selanjutnya akan bersambung pada bahagian dua. TungguUu........
English version is below the Malay version post : Semalam 24 haribulan Ogos tamatnya acara VIP PHP Programming Contest 2008. Saya masih dalam kepenatan setelah 2 hari berhempas pulas untuk menjayakan program 2 hari VIP tersebut. Ini tidak termasuk dengan 1 bulan persiapan sebelum acara. Di bawah adalah ringkasan ringkas apa yang saya belajar semasa menganjurkan acara VIP :
Terima kasih kepada Crew AIST untuk persediaan dan semasa acara VIP PHP Programming Contest. Blog lebih lanjut tentang acara ini akan di sediakan oleh Crew AIST yang lain. Tungu !! . Apa pun anda boleh baca satu blog yang telah review acara hari pertama dan kedua di http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm... http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog... Saya harap kami mendapat peluang lagi untuk menganjurkan VIP 09 tahun depan. Selamat berjumpa di VIP 09. Dan akhir sekali terima kasih kepadaBahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana menjadi penyumbang kewangan terbesar dalam acara ini terutama kepada En Shufaat.
English Version :
Yesterday 24th of August VIP PHP Programming Contest 2008 is officially end. I'm still tired after 2 days preparing for this 2 days event. This not included with 1 month preparation before the event. Below is the summary what I learn and I hope to change during the VIP's event.
Thank you to AIST Crew for the preparation and during this VIP PHP Programming Contest. Blog details will be prepare by AIST crew while they relaxing after the event. If you really want to know you can read at the contestant blog that summarize quite good about the contest. http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/very-important-programm... http://www.odin.flavert.com/wordpress/2008/08/25/vip-very-important-prog... I'm hoping we will have the opportunity to organize this event next year. See you on VIP 09. Last but not least , a very big thank you to Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka for being the biggest finance contributor in this event especially to Mr Shufaat. Lagi 4 hari 5 jam VIP akan berlangsung. Perisian untuk menghantar , scoreboard sedang dibangunkan dan dijangka akan siap lagi 2 hari, sempat untuk saya menguji sebelum digunakan di dalam VIP Programming Contest. Saya mencari-cari perisian yang sesuai digunakan dan tidak dapat mencari perisian yang benar-benar sesuai dengan konsep pertandingan ini dan jalan yang paling mudah (baca: susah) adalah membangunkannya sendiri. Saya jangka perisian ini akan di open source kan dan mungkin akan dibangunkan kepada perisian yang sesuai untuk digunakan pada mana-mana pertandingan pengaturcaraan.
Saya menggunakan CakePHP 1.2 untuk backend dan ExtJS 2.2 untuk antaramukanya. Di harap perisian ini dapat memberi idea kepada para peserta apakah yang akan mereka lalui sepanjang masa 6 jam tersebut. Tutorial akan diberikan pada 23/8/2008 untk perisian ini. Di bawah saya sertakan screenshot aplikasi yang belum diberikan nama ini.
VIP Home Interface
VIP User Management
VIP Scoreboard
VIP Submission List & Upload Anwser.
VIP Clarifications Selamat berjuang di VIP !
Kami sudah bersedia untuk VIP PHP Programming Contest & Talk 2008 . Senarai penceramah sudah di sediakan dan AIST berbangga dengan kesudian penceramah meluangkan sedikit masa. Antara penceramah yang dijemput adalah Mike Reining dari MindValley, Adli Wahid dari 3boss dan 2 orang lagi Sumardi Shukor dan Fakhrur Hizam Mohd dari PHP.net.my . Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di http://veryimportantprogrammer.com/content/event
Setakat ini sudah Sebelum ini saya pernah dijemput untuk mengadakan ceramah di the c0de 2007, UTEM dengan tajuk Pragmatic Programmer . Pada tahun ini saya dijemput lagi , dan tajuk yang diberikan ialah Very Important Programmer -How To Shine For Your Future Interview . Terima kasih pada pihak UTEM kerana jemputan tersebut, diharapkan pihak AIST dapat bekerja sama lagi pada masa akan datang.
Saya berharap ceramah tersebut dapat dimunafaatkan oleh pelajar-pelajar baru di UTEM. Selama menjadi warga Melaka. Slaid ceramah saya di attachkan di bawah kiriman ini.
For all those of you that are interested in Search Engine Optimization, there is a really cool contest that is currently going on called the Busby SEO Challenge. The aim of the contest is to rank for the key phrase "Busby SEO Challenge" and the entry that is on the number 1 position on Google at exactly 12:00 noon Australian time wins the contest.
The SEO Challenge has generated a lot of response and as of today there are close to 450 SEO wannabes and professionals participating in the contest. If you take a look at the SERP's, the number of pages that Google brings back is close to a million. Now that is amazing for a phrase that did not exist a short while ago. Yahoo search brings back even more, close to 2.5 million pages. It shows the high level of competition that this SEO Challenge has evoked.
I have been following the contest keenly and am not able to decide who will win the contest. The favorites are the team from France, followed by Indonesia and the Philippines. One of my friend, Dinesh Babu that I hope to become a winner in this contest. He is using this website: Busby SEO Challenge ,but only time will tell as to who will prevail. Good luck my friend
AIST (Art In Software Sdn Bhd) akan bekerjasama dengan K-Ekonomi Melaka akan menganjurkan pertandingan pengaturcaraan PHP VIP ( Very Important Programmer ) atau nama rasminya VIP PHP Programming Contest. Acara ini akan berlangsung selama 2 hari (23-24 Ogos 2008) dengan hari pertama akan dimulakan dengan ceramah oleh ahli-ahli PHP.net.my . Untuk hari yang kedua 24 Ogos 2008, pertandingan pengaturcaraan akan dijalankan. Hadiah berupa wang tunai bernilai RM 1000.00 untuk kumpulan pertama, RM 750 untuk kumpulan kedua dan RM 500 untuk kumpulan ketiga serta 2 hadiah saguhati RM 100 akan diberikan. Acara ini diharap dapat memeriahkan lagi dunia IT di Melaka. Klik di banner untuk mengetahui maklumat lanjut.
Saya membaca beberapa blog dan mendapati keyword "web design malaysia" adalah satu keyword yang dikejar oleh kebanyakan syarikat web design di Malaysia. Saya ingin mencuba beberapa tips SEO yang saya ingin uji dan cuba mendapat ranking yang baik di Google untuk keyword "web design malaysia" . 1. Title / Keyword "web design malaysia" di halaman web kiriman ini. 2. Title / Keyword " web design malaysia" di URL di kiriman ini. Kedua-dua features ini sudah disokong oleh Drupal secara terbina dalam. 3. Ulangan keyword "web design malaysia" di dalam kiriman pos ini. 4 Link dari halaman web lain untuk keyword "web design malaysia" Saya akan membuat satu text link banner dengan keyword web design malaysia sebagai anchor text dari halam web php.net.my . Satu kiriman blog juga akan di buat pada pertengahan minggu ini untuk dipaut kepada kiriman blog ini.
Empat ujian ini akan dilakukan dan melihat sebanyak mana peningkatan bagi keyword "web design malaysia" bagi halaman web AIST . Saya akan menguji beberapa lagi tips yang saya rasakan boleh meningkatkan ranking bagi keyword ini. Setakat ini, halaman web AIST tiada langsung dalam top 40 bagi keyword ini. Bagaimana untuk menguji keyword ranking untuk halaman web anda ? Saya menggunakan carian Google dan mencuba Google Ranking bagi keyword tersebut untuk website AIST . Kita akan menunggu sehingga seminggu (19/08/2008) untuk melihat hasilnya. Bagaimana dengan usaha untuk perubahan berterusan bagi halaman web anda ? Meningkatkan keyword ranking bagi keyword pilihan adalah salah satu usaha bagi perubahan berterusan.
Update 31/07/2008 Tiada perubahan dari segi keyword "web design malaysia" bagi halaman web ini. Nampaknya beberapa teori yang ada gagal untuk membawa perubahan ranking halaman web ini. Saya menjumpai satu website yang lebih baik untuk memeriksa keyword di Google. Anda boleh pergi ke http://tools.seobook.com/rank-checkers/seobook/ . Kita tunggu lagi seminggu untuk mendapatkan Google archive halaman web ini. Saya menggunakan satu lagi teori 5. Google akan memberikan lebih keutamaan kepada halaman atau website yang mempunya content yang selalu berubah. Kami sungguh excited semalam untuk membeli 'device' dari Airlive dan secara ad-hoc nya kami telah pergi dengan secara pantas :D Screenshot wireless access point Airlive :
|

