.

Office Connection

Staff AIST bersungut kerana kelajuan internet di ofis hanya cukup-cukup makan. Pada hari Rabu (18/02/2009), saya menghubungi satu reseller di internet (http://www.ez-broadband.com/ ) bertanyakan adakah Ayer Keroh di dalam kawasan liputan 4MBps Streamyx. Setelah mendapat pengesahan, saya bersetuju untuk menaik taraf internet dari 512kbps -> 4Mbps (8 kali lebih laju), pada hari Khamis, pemasang dari TM telah datang dan membuat konfigurasi kepada port kami. Dari segi teori, mereka perlu menyambungkan modem ke internet , kemudian mereka menghubungi bahagian network di Kuala Lumpur untuk proses 'port' kami . Dalam pukul 2 petang pemasang dari TM menghabiskan kerja mereka dan memberitahu saya internet line 4Mbps boleh digunakan selepas 24 jam . 

 

Hari ini Jumaat (20/12/2009) AIST telah berwajah baru dengan internet line 4Mbps . Saya sudah membuat benchmark sebelum dan selepas naik taraf.

 

   
 Sebelum (512Kbps)  Selepas (4Mbps)

Menggunakan Aplikasi Iphone Speedtest

 

Menggunakan Izzi Speedtest (sebelum 512kbps )
 
 Selepas 4 Mbps  (di Izzi Speedtest mengatakan muat turun selaju 416Kbps)

Tiada beza sangat dalam Upload tetapi sangat berbeza untuk Download. Hasilnya, YouTube boleh dilayari dengan tenang ;) . Adakah ia akan meningkatkan produktiviti ? Saya merasakan ya, kalau boleh lihat YouTube dengan lebih cepat, sudah tentu ada lebih masa untuk buat kerja. Apa-apa pun berusahalah AIST !!